Friday, April 11, 2014

Makanan pejal untuk ilman part 2

Friday, April 11, 2014,9:53 AM |
Masa hari pertama buatkan makanan pejal (solid food) untuk ilman, saya telah merebus beras selama 4 jam kononnya tak perlulah nak blender dan buat stok untuk 4 hari, jadi keesokkan harinya saya keluarkan dari freezer dan masuk ke chiller, lagi sejam waktu ilman makan saya dah keluarkan dan 15 minit sebelum bagi makanan pejal pada ilman saya dah rendam dalam air panas. Tapi bila tiba je nak suap, terasa bukan macam bubur tapi rasa hampas. Alahai spoil betul la. tak tau la pula kalau bubur rebus terlampau lama akan jadi hampas cenggitu. Jadi tiadalah makanan pejal untuk ilman pada hari keduanya. Tapi bila saya makan mangga saya suapkan airnya kat ilman sebab die tengok warna mangga tu terbelik-belik matanya macam nak makan. Teruk lah mama ni, nasib ilman tak sakit perut. 

Hari ketiga untuk makanan pejal (solid food) ilman tu saya telah menyediakan puri lobak. Yeehhh nampaknya ilman suka dengan warna lobak yang keorenan itu. Dan ilman lebih suka lobak dari bubur nasi. Mungkin sebab lobak itu manis. Jadi memek mukanya tak da lah seperti waktu dia makan bubur nasi.hihihi.

Vitamin untuk anak lebih pintar

Hari keempat untuk makanan pejal (solid food) ilman. Masih makan puri lobak. Tapi ada satu masalah. Ilman batuk dan demam, jadi malam semalam saya bagi dia ubat. Jadi tiba waktu makan dia boleh kemam mulut dia tak nak buka, mungkin dia ingat saya nak bagi dia ubat kot. Bukan main payah nak bagi makan. Akhirnya 3 sudu puri lobak sahaja yang masuk ke dalam mulutnya. 

Cara menyediakan puri lobak sangat lah senang. 
- Buang kulit lobak 
- Basuh dan potong kecil supaya mudah empuk
- Boleh stim / rebus (air tak perlu banyak, cukup sehingga lobak itu tenggelam, bila air hampir kering tapi lobak belum empuk, tambah sedikit air lagi)
- Dah masak sejukkan sebentar
- Blender tanpa tambah air. tapi kalau blender tak leh pusing, boleh letak sikit air rebusan lobak tu kalau ada, jangan letak banyak sangat tau.
- Agihkan dalam bekas, boleh buat untuk seminggu.


Mudah kan, dulu saya rasa macam leceh je sebab ingat kene buat hari-hari rupanya tak perlu. Kita boleh sediakan untuk seminggu terus.

Stok puri lobak ilman akan habis esok. Jadi nak buat apa ye untuk makanan pejal seterusnya.. emmmmm

HARGA PRODUK SHAKLEE RETAIL