Friday, April 18, 2014

Legasi Shaklee selama tempoh 5 dekat

Friday, April 18, 2014,11:23 AM |

Selama tempoh lebih 5 Dekad, syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia.

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah menemui “Vitalized Mineralz”, iaitu merupakan salah satu multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikanya sebagai pelopor industry nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastic dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali pada semulajadi. Dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga diantara yang terawal, mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.

 Kredit pic to vitamummuy.blogspot.com

THE MORE YOU SHARE WITH OTHER,
THE MORE VALUABLE YOUR SHARE WILL BECOME
DO UNTO OTHER AS YOU WOULD
HAVE THEM DO UNTO YOU
-Dr. Forrest C. Shaklee-
  Pengasas Shaklee

Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyeledikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.

Syarikat Shaklee meneruskan kesinambungan di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagian manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik.