Monday, April 7, 2014

Khasiat buah pisang

Monday, April 7, 2014,2:00 PM |
Sebelum saya teruskan coretan pasal khasiat buah pisang ni saya ada satu cerita yang nak dikongsikan bersama. Tak tau la nak katagorikan cerita ni cerita kelakar ke atau sedih. huhuhu.. tapi masa saya dengar tu memang saya ketawa la. Cian dia. 

Ada kawan saya bercerita, isteri dia baru je disahkan hamil dan biasalah ibu hamil BFF nya adalah vitamin. Isterinya ini cukup payah nak telan pil-pil ni, memang tak boleh telan langsung, ikhtiar akhir sekali adalah setiap kali nak makan vitamin die akan sumbat dalam pisang pastu telan. hahahahaha.. kelako tak, memang dasyat alergik dia terhadap pil-pil ni.

ok, tu je nak cerita :), khasiat buah pisang ni saya dari akhbar harian metro. Kagum sungguh dengan khasiat buah pisang ni, sebelum ni tak tahu pun buah pisang ni banyak sangat khasiatnya. Pasni tak da la dok telan anggur je ye. 

Pisang adalah buah-buahan tempatan yang kaya dengan khasiat. Selain mudah keran tekstornya lembut, kandungan gulanya membantu kita mendapatkan tenaga dalam masa yang singkat,

Pesakit anemia juga disarankan mengambil 2 biji pisang sehari kerana kandungan besi dalam buah itu dapat mengurangkan gejala penyakit itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 cm mengandungi 600 miligram potasium.

Jika menghadapi masalah penghadaman, susu kocak pisang juga dapat membantu melegakan masalah sakit dan kembung perut. 

Pisang juga diakui dapat membantu menurunkan paras tekanan darah, merangsang pemikiran, mengawal suhu bandan ibu mengandung dan mencegah serangan strok.

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka (ID 866973)
Diluar Melaka saya menggunakan khidmat pos laju untuk tujuan pengeposan. 
Untuk menjadi ahli rm 75 sahaja seumur hidup dan anda akan menikmati pembelian vitamin dengan harga yang lebih murah. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi hanie di 019-6609951 / email saya di emy_2912@yahoo.com.my