Sunday, April 6, 2014

Kenapa kita perlukan vitamin?

Sunday, April 6, 2014,10:05 AM |

Eh, kenapa la nak kene makan vitamin pula, membazir je.. haaa itu perkara biasa orang cakap kat saya.  

Tapi tak pe lah sebab sejak makan vitamin shaklee ni saya memang rasa lebih sihat dan bertenaga. Jadi saya tak lah rasa membazir sangat. 

Antara sebab kenapa kita perlu ambil vitamin (makanan tambahan atau supplement) adalah :

1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan. Sebagai contoh 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.

2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetangah nutrient. Hakikatnya nutrient hanya boleh didapati dari pemakanan.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.

4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.

5. Rutin pemakanan kebanyakkan rakyat Malaysia yang tidak hiraukan diet yang seimbang. Biasanya kita akan makan asalkan perut kenyang ataupun ambil fast food sebab nak cepat. Jadi memang sukarlah nak ikut piramid makanan yang macam selalu diwar-warkan.

6. Gangguan penyerapan nutrient dari makanan akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.

7. Kehilangan nutrient dalam makanan terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya. Macam sayur yang sedia kita tahu sangat banyak khasiat nya tapi malangnya apabila kita masak terlalu lama, khasiat pun makin kurang.

Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya, kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat.

Banyak sindiran yang saya dapat, eh, makan vitamin pun kene demam juga, makan vitamin susu badan tak banyak juga. Aiisyyy.. itulah namanya manusia. Sentiasa cari salah, vitamin hanya memenuhi ruang kosong zat/vitamin dalam badan untuk membantu sistem dan fungsi tubuh agar berjalan dengan lebih baik. Bukannya vitamin ni ubat magik makan terus jadi sihat sampai bila-bila. 

Sekian sahaja celoteh pada hari ini, saya adalah pengedar sah shaklee ID 866973, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin  shaklee bolehlah hubungi saya di 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my