Friday, March 14, 2014

Punca malas lepas makan

Friday, March 14, 2014,6:21 AM |
Terasa nak berehat, macam malas-malas je lepas makan ni, kenapa ye? Ini adalah perkara biasa bagi kebanyakkan daripada kita. Saya kongsikan sedikit fakta yang diambil dari akhbar harian metro ni. Lepas baca mesti ada yang kata 'OOOO..PATUT LA'.... macam saya... hihihihi

Proses penghadaman :
Makanan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bekerja. Dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus iaitu otak dan usus. Bila anda makan, otak anda akan meransang isyarat untuk menukarkan tenaga yang diambil kepada pencernaan, lalu sel darah merah membantu mencerna makanan dan membawa nutrient ke seluruh badan.  Oleh itu, apabila sel darah dikerah untuk membantu usus bekerja, sebahagian anggota badan anda akan ‘mencuri’ masa ini untuk berehat dan memperlahankan proses berkenaan. Lalu, waktu inilah anda akan rasa penat, mengantuk dan pelbagai kerana sel darah di otak tidak dapat membantu pada waktu ‘genting’ ini. Oleh itu, bila anda makan dalam jumlah yang banyak, tenaga yang diperlukan juga banyak untuk proses pencernaan dan hasilnya daya tumpuan anda akan merosot.

Pengambilan gula yang tinggi :
Kajian menunjukkan bahawa kenaikan tahap gula dalam darah boleh menyebabkan neuron dalam otak anda terdorong kepada perasaan mengantuk. Selain daripada itu, pengambilan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan penyakit yang lain seperti diabetes dan pelbagainya. Oleh itu, perasaan ‘hipnosis’ ini boleh menjadi sebab mengapa anda rasa mengantuk selepas makan. 


Ketidakseimbangan karbohidrat :
Apa yang anda makan juga mempengaruhi perasaan anda. Ada sesetengah makan yang tinggi kandungan karbohidrat, seperti roti, pasta atau nasi ditukarkan menjadi gula bila dicerna. Bila anda makan banyak gula, hormone insulin akan dirembeskan untuk mengimbangi semula kandungan gula dalam darah. Insulin akan bertindak balas dengan protin di otak yang dipanggil ‘tritofan’ untuk menghasilkan serotonin. Serotonin adalah bahan kimia dalam badan yang mengawal kitaran tidur dan sedar anda. Bila kesemua bahan kimia dalam tubuh ini bertindak balas dan ketikanya melepaskan lebihan serotonin, maka anda perlu cari tempat yang sesuai untuk tidur seketika.