Monday, March 17, 2014

Mengepam susu dengan tergesa-gesa

Monday, March 17, 2014,8:40 AM |

Harini macam biasa sampai je ofis saya akan ke surau untuk meletakkan semua barangan mengepam susu dan kalau ada air sembahyang saya akan solat 2 rakaat dhuha.. dan mulakan dengan aktiviti mengepam.

Baru nak stat pam bos dah bagi mesej suruh datang meeting, alahai lemah betul la. Hilang mood ceria harini. Saya bab meeting ni memang tak berapa nak suka.

Dengan keadaan mengejar masa mulakan aktiviti mengepam dengan cepat. Agak stress disitu tapi mengharap dapat la banyak sikit ye untuk ilman.

Ada ke bos kata " awak pergi meeting tu dengar dan makan, tu je" pulak dah. Tu yang best dengar tu, ye la kita hanya wakil je, tak tau apa2, kot-kot ditanya apa2 ternganga aku nak menjawabnya.

Okeh la. Inilah hasil mengepam dengan tergesa-gesa. 5 auns.. dalam keadaan stress pun dapat banyak.. alhamdulillah. Senyum lebau sikit. Pam kejap je.. tak sempat nak tunggu susu habis sepenuhnya. Terpaksa la, nak buat macam mana kan.