Sunday, March 30, 2014

Kurangkan gula dalam diet seharian

Sunday, March 30, 2014,10:00 AM |
eh, tak manis lah, tambah lah gula lagi, kopi nak sedap kene buat manis sikit. haaaa, biasa tak dengar macam tu, kalau dah kata orang melayu (yang sama spesis macam saya) memang gula tu susah nak elak, sehari kalau tak minum air manis memang rasa tekak lain macam je, sekurang-kurangnya pagi masa sarapan tu, saya akan ambil minuman manis seperti milo atau teh, kalau waktu makan yang lain saya biasanya akan minum air putih je, tapi kalau makan kat kedai, tengok orang order sirap ais.. terkeliur je, mestilah order juga air manis. 

Sedikit mengenai pengambilan gula dalam diet seharian, makan makanan manis dan bergula ni banyak buruk dari baiknya. Oleh itu, sama-sama lah kita kurangkan gula dalam diet seharian, tambahkan manis dalam senyuman. huahuahuahua. Artikel dari Metro, jom baca. lalalalalala gula oh gula.  


Mengikut kajian Persatuan Diabetik dan Diatetik Amerika, pengambilan gula putih yang berlebihan dikaitkan dengan pelbagai masalah penyusutan kesihatan antaranya insomnia, alahan pening, rambut gugur, jerawat, keradangan kulit, gigi reput, kemurungan melampau, darah tinggi, diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolic, kanser kolon dan kanser pankreas.

Ia juga dikaitkan dengan perubahan ‘mood’ yang ketara, perubahan personality, kulit kering, penuaan pramatang, mudah marah, meningkatkan masalah asma, arthritis, penyakit jantung, kolestrol, batu hempedu dan masalah endokrin.



Jika dibandingkan zaman lalu dan kini, pengambilan gula meningkat dengan lebih pantas berbanding populasi dunia iaitu pertambahan sebanyak satu peratus setiap tahun.

Apatah lagi kebanyakkan makanan berproses yang dijual mempunyai kandunagn gula tersembunyi. Inilah sebabnya kita perlu mengawal pengambilan gula dalam diet seharian bagi mengelak masalah kesihatan pada masa akan datang.