Wednesday, March 5, 2014

Kubis boleh elak penyakit kanser

Wednesday, March 5, 2014,9:06 AM |


Asyik lah makan sayur kubis ni tapi tahukan anda khasiat kubis ini sebenarnya. Banyak manfaatnya selain dari tajuk di atas iaitu untuk elak kanser kubis juga penyenyelamat bagi ibu-ibu yang 'bengkak susu' atau dengan kata lain saluran susu tersumbat. Biasanya petua orang tua-tua dahulu suruh letak kubis bagi meredakan bengkak tersebut.

Saya pernah buat, masa kene tu macam rasa nak demam tau. Tapi bila letak kubis ni, kita akan rasa sejuk, so kurang la sakit di bahagian payudara tersebut. Tapi sesiapa yang kene bengkak susu ni yang paling bagus bagi baby kita hisap, bila baby hisap akan cepat lah kurang bengkaknya tu. Tapi masalah yang saya kene dulu, baby saya asyik tidur je, kejut-kejut tak nak bangun pastu pam susu taknak keluar pula tu, jadi ambil la kubis.. alahaiii sejukkk je.. 

Terpanjang la pula story mory ai... tu la syok sendiri bila menulis belog ni. tak pe lah, jom kita baca mengenai kubis ni, saya share dari akhbar harian metro. 


Kubis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutama bagi mengelakkan penyakit kanser.

Pelbagai khasiat antikanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C. Kandungan sulfur di dalam kubis juga membantu membuang sisa alcohol dalam darah.

Kobis baik digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kubis kemudian dilumur ke kulit bermasalah. Bagi perubatan dalaman , kubis boleh mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam-ulaman.

Antara manfaat kubis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan angin ahmar, mengurangkan risiko kanser, usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan. Kubis juga berguna untuk menurunkan kadar kolestrol.