Sunday, March 30, 2014

Kebaikan penyusuan susu ibu

Sunday, March 30, 2014,12:23 AM |

Antara kebaikan penyusuan susu ibu adalah :

-> Dapat membantu pengecutan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.

-> Penyusuan susu ibu juga boleh menjarakkan kehamilan secara semulajadi.  

-> Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta mengurangkan risiko penyakit osteoporosis. 
-> Ibu-ibu menyusukan bayi, hormon oksitosin dirembeskan. hormon oksitosin juga dikenali sebagai ‘LOVE HORMON’, sejenis hormone yang mencetuskan perasaan kasih antara ibu dan anak.

-> Anak mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi daripada ibunya.
-> Mengurangkan kos perbelanjaan keluarga kerana tidak perlu membeli susu formula.
Antibodi anak yang menyusu badan lebih kuat.

  -> Anak yang menyusu badan mempunyai perkembangan otak yang sangat cepat dan mereka juga lebih pintas dan cergas.
 -> Menurut kajian, penyusuan ibu mampu membakar 500 kalori sehari. Bagi wanita yang mengamalkan penyusuan badan, tubuh badannya akan kembali ke bentuk asal dengan cepat atau semakin cantik kerana proses penyusuan badan mampu membakar lemak si ibu.