Wednesday, March 26, 2014

Ilman batuk kuat dan nafas berbunyi

Wednesday, March 26, 2014,3:54 AM |
Masa bumi kita kekeringan dan bertambah pula dengan jerebu, saya pun terkena la selesema, perit tekak dan sedikit batuk, alhamdulillah dah minum air banyak dan upkan dos vitamin c, badan saya tak jadi demam, hanya lekat dengan selesema. Seminggu kene selesema, baby ilman pula kene selesema sedikit dan batuk.

Masuk hari ketiga baby ilman batuk barulah saya bawa ke klinik sebab batuknya semakin hari semakin teruk. Kesian baby ilman. Alhamdulillah, pas makan ubat kurang la sikit batuknya. kalau tak sampai mukanya merah sebab batuk kuat.

 Doktor kata nafasnya berbunyi sebab kahak kat dalam tak keluar. jadi doktor beri ubat batuk dan cairkan kahak. Semoga kahak yang kat dalam tu keluar segera sebab kalau ubat dah habis tapi nafasnya masih berbunyi terpaksa la bawa ke klinik untuk keluarkan kahak secara manual iaitu jolok tiub masuk kedalam tekak. adehhhh kesian sungguh, tak nak lah. Doktor kata kahak di dalam tu bahaya kalau tak dibuang kerana takut terkena jangkitan kuman dan lama kelamaan boleh kene asthma.

Ya allah kau sembuhkanlah batuk berkahak ilman tu yang allah.

Saya berpuashati dengan klinik pakar kanak-kanak ini kerana ubatnya sangat lah light. Macam cair dan tak pahit, tak likat, memang sesuai la untuk baby seperti ilman. Sebelum ni ada pergi ke klinik lain tapi dia punya ubat macam ubat kanak-kanak atau dewasa tp doc hanya kurangkan dos, dah payah ilman nak telan.

Semoga ilman cepat sembuh dari batuk kuat dan semoga nafasnya tidak berbunyi lagi. Amin. Ni la rupa ubat ilman.