Thursday, February 20, 2014

Tips elak rambut daripada rosak

Thursday, February 20, 2014,3:02 PM |
Rambut adalah mahkota wanita, cuba bayangkan perempuan takda rambut, aisyyyy macam mana lah rupanya kan. Ada diantara kita yang mempunyai rambut yang cantik ada juga sebaliknya. Jom ikuti tips elak rambut daripada rosak. Diharap memberi manfaat kepada semua.

Menyikat rambut mampu membuatkan ia bersinar :
Memang benar, menyikat rambut boleh membuatkannya bersinar tetapi hanya dengan menyikatnya beberapa kali saja untuk membentuk rambut dan menyegarkan minyak semula jadi dari akar hingga hujung rambut. Jika rambut disikat berlebihan akan menyebabkan kerosakan dan rambut mudah patah.

          Mengikat rambut di tempat yang sama :
Tidak salah mengikat rambut, tetapi cuba mengubah tempat ikatan dilakukan menggunakan pengikat yang elastic dan tidak menyebabkan rambut terlekat padanya. Selain itu, untuk penjagaan rambut yang baik, longgarkan ikatan supaya tidak memberi tekanan kepada akar rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut terputus. 


          Mengikat rambut menggunakan gelang getah :
Jangan sesekali melakukan perkara ini walaupun terdesak kerana ia penyebab utama rambut terputus.

         Tidak menjaga kulit kepala :
Selain rambut, kulit kepala juga penting dan perlu diberi perhatian. Urut secara lembut kulit kepala untuk melancarkan peredaran darah. Kulit kepala yang sihat membuatkan rambut juga sihat bersinar.

          Menggunakan sikat yang tidak sesuai :
Pilihlah sikat yang sesuai untuk jenis rambut. Lebih panjang rambut dimiliki, panjang sikat yang diperlukan juga perlu padanan dengannya.


Berminat untuk mendapatkan produk shaklee anda boleh hubungi saya segera di 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my / FB : rujukvitaminku

 Nak diskaun untuk sebarang produk shaklee, segera hubungi saya juga untuk register ahli rm75 untuk seumur hidup, anda akan nikmati harga terendah serta pelbagai manfaat lain. Ayuhhh cepat!!! 

Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka dan sekitarnya :)