Friday, February 14, 2014

Khasiat buah kiwi

Friday, February 14, 2014,9:52 PM |
Membelek surat khabar kesukaan ku Harian Metro dipagi hari dan terbaca pula khasiat buah kiwi ni. Peh selama ni makan je, tak pernah lah nak ambik tahu khasiat buah kiwi ni, bila terbaca baru rasa macam hari-hari pula nak makan buah kiwi. Jom saya kongsikan apa yang tertulis ye. Alang-alang nak masuk perutkan, simpan la juga untuk kekal cantik berseri.. hihihi.. ni la perempuan,,hihihi


Khasiat buah kiwi:


     Buah kiwi mengandungi antioksida, serat tinggi dan vitamin C membantu menyingkirkan toksin dalam badan, seterusnya memberikan kulit wajah yang sihat dan gebu.

     Jumlah vitamin C yang tinggi dalam kiwi membantu melembapkan kulit serta membantu penghasilan semula sel kulit, sekali gus kulit tampil lebih muda, tegang dan lembut. Ia juga memulihkan luka atau kesan melecet dengan pantas.

    Kiwi membantu untuk mencegah pembentukan jerawat serta membersihkan pori-pori kulit. Sapukan kiwi pada jerawat untuk memastikan ia pulih dengan lebih pantas.


       Kulit selalu terdedah kepada selaran matahari dan menyebabkannya kering dan cepat berkedut. Buah kiwi kaya dengan asid aminho dan mampu memulihkan kulit wajah yang terjejas akibat cahaya matahari. Cara mudah, gaulkan kiwi bersama perahan limau dan sapu pada kulit wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air sejuk. Ia mampu mengawal pengeluaran sebum berlebihan.

           Kisar avocado bersama kiwi dan madu. Sapukan pada wajah dan leher. Biarkan seketika sebelum dicuci untuk mendapatkan kulit berseri-seri.

          Kiwi membantu menyalurkan nutrien ke kulit wajah. Campurkan kiwi bersama yogurt dan sapu pada kulit. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci.

       Kulit kiwi boleh digunakan untuk menyental kulit wajah dan membantu menyingkirkan sel kulit mati dan pada masa yang sama, membantu mencerahkan  kulit.

      Kiwi rendah kalori dan mampu menjadi makanan yang mengenyangkan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan idea.

         Rasanya yang masam manis sesuai untuk mereka yang berasa loya dan tidak lalu makan untuk mendapatkan nutrient dan tenaga.


019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Melaka