Tuesday, February 4, 2014

Kerap menyusu, air susu ibu cepat kering

Tuesday, February 4, 2014,4:56 AM |
Ramai dikalangan wanita yang kurang ilmu pengetahuan mengenai susu ibu akan berfikiran apabila bayi menyusu dengan kerap akan menyebabkan tiada susu atau susu cepat kering. Semasa berpantang anak sulong, bayi saya Haq Uqasha kerap menyusu dan sekali waktu menyusu agak lama dalam setengah jam. Jadi saya pun berfikiran begitu la, susu saya dah habis dah kering, Haq Uqasha asyik minum je, akhirnya mitos rekaan saya yang kononnya air susu saya dah kering menyebabkan saya campurkan dengan susu formula.


Bermulah kesilapan demi kesilapan tanggapan mengenai susu ibu ini wujud dalam diri saya, begitu juga dengan orang-orang disekeliling saya. 

Tubuh wanita ni dicipta oleh allah dengan sangat unik, begitu juga proses penghasilan susu ibu, jadi ibu-ibu hendaklah yakin bahawa susu ibu itu cukup tu bayi anda. Semakin kerap ibu-ibu mengosokan payudara semakin banyak susu ibu yang dihasilkan. 

Susu ibu kering terjadi mungkin disebabkan faktor posisi semasa menyusu tidak betul, jadi anak kurang menyusu dan semakin kuranglah penghasilan susu ibu. 

Jangan menghadkan waktu menyusu, kerapkan bagi susu ibu, jangan risau kalau kerap bagi susu ibu, susu akan kering. 

Selain itu, ada ubat-ubatan yang akan menyebabkan kurangnya penghasilan susu ibu. Oleh itu, apabila ibu-ibu yang menyusu tidak sihat, pergi cek doktor, pastikan sebut, 'saya masih menyusukan anak', nanti doktor akan faham dan sebut ubat-ubat mana yang akan memberi kesan pada penghasilan susu ibu. 

Kulit gatal kurap oh tidak 

Faktor lain yang menyebabkan susu kering atau kurang nya penghasilan susu ibu mengikut pengalaman saya adalah minuman berkafien seperti kopi. 

Dan seperti biasa beberapa faktor lain yang akan menyebabkan susu cepat kering bila kita berada dalam keadaan stress, kurang minum air, berdiet dan lain-lain.

Kesimpulannya kekerapan bayi yang menyusu tidak menyebabkan air susu ibu cepat kering. Sentiasa kita berserah pada allah dan memohon supaya susu ibu sentiasa cukup untuk bayi kita. Amin. 

Berminat untuk mendapatkan SET IBU MENYUSU SHAKLEE, boleh segera hubungi hanie di 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my