Tuesday, February 18, 2014

Keliru mengenai penyakit Thalassemia dan anemia

Tuesday, February 18, 2014,4:38 AM |
Tajuk harini diinspirasikan oleh my adik ipar punya isteri, nak panggil ape ye biras ke... Tak kisah lah. Nama nya farah (harap dia tak kisah lah saya glem0rz kan dia kat belog kesayangan ku ini..hehehe). Suami tolong tanyakan vitamin apa yang sesuai untuk farah sebab mengikut kata ipar saya farah demam dah 2 minggu dan kurang darah sebab ada thalassemia. So dalam kepala hotak saya terus menangkap vitamin yang sesuai adalah vita-lea iron formula yang diketahui umum sangat bangus untuk mereka yang kurang darah merah. TAPI kemusykilan timbul.. thalassemia tu penyakit kurang darah ke... bukan kurang darah tu anemia ke.. Compius dan tak sedap hati sebab saya tak pernah study lagi penyakit thalassemia ni.

Rupa-rupanya thalassemia ini adalah kerosakan gen yang menghasilkan sel darah merah (hemoglobin) yang abnormal. Menjadikan proses untuk membawa oksigen oleh hemoglobin terganggu. 

Thalasemia adalah sejenis blood disorder yakni masalah pada darah. Hemoglobin dia tak terbentuk dengan sempurna. Berbeza dgn orang biasa yg anemia, orang biasa anemia sebab low hemoglobin, orang talasemia anemia sbb hemoglobin dia tak sempurna

Pengambilan iron tidak membantu utk thalessemia dan dikhuatiri akan menyebabkan overdose. Jadi perlu recommendation doktor tak kira pembawa atau penghidap.

 ******************************************************************************
Apa itu Thalassemia?

Thalassaemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalassaemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan haemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Thalassaemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).


Terima kasih rakan blogger saya, mamarey sebab buat tutorial ini untuk saya.hihihi

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit thalassimia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan haemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.


Terjemahan mengenai istilah thalasemia ini diolah oleh saya sendiri mengikut pemahaman saya ye... Kalau anda pening-pening dan tak faham, boleh dapatkan lebih maklumat disini :
http://pmr.penerangan.gov.my/talasemia
http://boyzone87.blogspot.com 

Terjah belog saya untuk tajuk seterusnya nanti ye iaitu vitamin bagi mereka yang ada thalassemia,
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka, Alor Gajah dan sekitarnya.