Sunday, February 9, 2014

Dengan atau tanpa set ibu menyusu shaklee

Sunday, February 9, 2014,7:01 PM |
Harini baby ilman hampir 4 bulan, alhamdulillah saya dengan jayanya menyusukan baby ilman sepenuhnya. Alhamdulillah syukur sangat sebenarnya sebab allah pertemukan saya dengan vitamin shaklee ni. Dengan mengenali vitamin shaklee dan bercampur dengan mereka yang mengamalkannya banyak perkara yang dapat saya pelajari dari pengalaman mereka. Meraka jugak lah antara yang memberi sokongan moral untuk menjayakan penyusuan ini.

Walaupun ini baby saya yang kedua, tapi bagi saya segala cabaran menyusukan anak bermulanya disini, kalau masa baby saya yang pertama, saya guna FM je, jadi tak berapa mencabar la kot.huhuhu. Inilah diantaranya dan banyak lagi, kene rajin baca blog saya ni. hihihiCerita susu ibu : tanggapan orang, Kesilapan  cara simpan susu ibu  

Saya menyusukan abg Haq tanpa set ibu menyusu shaklee, saya menyusukan baby ilman dengan mengambil set ibu menyusu shaklee. Memang banyak perbezaannya. Antaranya adalah :-

1. Semangat - Dulu saya terkenal dengan alasan aku takda susu, mungkin sebab Cik B kecik je. Tapi sekarang rasanya dah takda alasan lagi dah. Itu semua mitos-mitos yang dimomokan kat saya, sebab tu la minda saya telah diset untuk takda susu. Kini apabila banyak bergaul dengan ibu yang menggunakan set ibu menyusu shaklee, saya lebih bersemangat dalam menyusukan baby ilman.

2. Cergas - Rutin saya keluar bekerja adalah dari pukul 7.30 - 6.00. Bila sampai je rumah macam-macam kerja yang kena buat, tambahan pula saya duduk berjauhan dari suami tersayang. Semua urusan rumah saya buat sendiri. Tinggal bertiga bersama abg haq dan adik lelaki saya rasanya bukan lah payah sangat tapi memang saya akan tidur awal, badan letih, saya pula kerja bukan di opis je, saya juga ada kerja di site. Memang balik umah saya akan tidur pukul 9. TETAPI setelah ambil set ibu menyusu shaklee ternyata badan cergas, larat pulak saya bangun mengepam malam 2 kali, pastu saya rajin pulak mengupdate belog pukul 3, 4 pagi. 

3. Kuantiti Susu - Dulu saya memang kurang susu TETAPI sekarang susu banyak, boleh lah buat stok untuk baby ilman.

4. Kualiti susu - Apa yang kita makan itu lah yang akan tehasil dan nampak pada susu ibu, apabila makan set ibu menyusu shaklee ni susu lebih pekat dan warna sedikit kekuningan (mungkin sebab saya makan B complex kot). happy bila tengok kaler susu saya :)

5. Rajin minum air - Bila mula je makan vitamin shaklee, saya sebenarnya melatih diri saya supaya rajin minum air masak, dulu satu litter pun payah nak minum, tapi masa berpantang saya minum 2 liter sehari, habis je pantang saya ambil set ibu menyusu saya, minum 3 liter sehari. Bila minum air yang cukup masalah sembelit dalam berpantang pun tak da tau, bagus bagus, hihihi

Rahsia b complex shaklee

Panjang dah celoteh saya harini, diharap cerita saya ini dapat dijadikan penguat semangat dan panduan untuk ibu-ibu menyusu yang lain.

Sekiranya anda ingin mendapatkan set ibu menyusu shaklee boleh segera hubungi hanie di 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee ID866973 yang berada di Melaka. Untuk sebarang penghantaran vitamin (COD) boleh hubungi saya segera.