Wednesday, February 12, 2014

Cerita susu ibu : Keluhan dan masalah ibu menyusu

Wednesday, February 12, 2014,11:11 AM |
Sebenarnya saya tak tahu la nak letak tajuk apa. Entry kali terlintas sekelip mata je, baik tulis, kang lambat-lambat dah sibuk dan lupa pula. Ini adalah keluhan saya sendiri dan masalah saya sendiri. Saya yang cari masalah dan sifat malas menguasai diri, kesian baby ilman.

Sebelum tidur malam tadi, rutin biasa saya mengeluarkan susu dari freezer ke chiller. Lepas itu dengan muka terkejutnya saya tengok susu tu cukup-cukup untuk harini je (hanya 15 auns je). Masyaallah macam mana saya boleh tak perasan. Memang masalah besar ni. Saya ingatkan disebalik timbunan makanan dalam freezer tu ada banyak saki baki susu ibu tapi rupanya cukup-cukup je. Dengan kecewanya dan keluhan panjang membebel sendiri.

Doa untuk tambah susu ibu

Allah dah bagi semuanya lengkap tetapi saya sendiri yang mencipta masalah, lepastu nak mengeluh pula, harini saya dah insaf dan mengaku bahawa kekurangan stok susu ibu ini disebabkan kesilapan saya sendiri. Beberapa hari kebelakangan ini sifat kemalasan nak pam itu berada pada tahap tinggi dan tergamaknya saya balik kampung tanpa membawa pam. Di manakah motivasi saya sebagai ibu menyusu badan yang telah berazam untuk meneruskannya sehingga 2 tahun.  Saya bersenang-lenang tanpa perlu bersengkang mata untuk mengepam. Tergamaknya saya, masyaallah... Keluhan ini rasanya tak berani saya nyatakan kepada sesiapa terutama sekali my mom & suami, ada pulak yang kene bambu.. huhuhu. 
My hero, Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz

Seorang ibu menyusu badan yang berkerjaya harus kuat semangat, rajin dan berusaha untuk mengepam. Cari waktu untuk pam, jangan bagi ALASAN. Kalau pun susu anda banyak, jangan lah malas untuk mengepam sebab ada waktu-waktu tak terduga, anak memerlukan susu ibu lebih banyak. Contohnya ketika anak perut meragam, minum susu pastu muntah, kene lah stanby extra susu. 

Set bajet ibu menyusu

Kisah ini dicoretkan untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan diharap ibu menyusu yang lain menjadikan iktibar dari cerita saya ini. 

ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
FB Fan page : rujukvitaminku
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Melaka