Monday, February 24, 2014

Antibodi kanak-kanak, abg haq demam lagi

Monday, February 24, 2014,6:22 PM |

Dah 2 hari dah abg haq demam akibat ulser yang banyak kat tekak die. Dah banyak baru kiteorang dapat detect. Mula-mula ingatkan demam akibat bengkak tonsil seperti selalu tapi bile tengok tekaknya ada banyak tompok putih-putih. Memang pelik la sebab sebelum ni tak pernah tengok. Semalam abg haq punya bibir merah sangat macam pakai gincu, merah dan pedih. Dia pun tak aktif, melepek je, nak pegang handfon tengok boboboi pun tak larat. Kemudian saya dan suami buat keputusan pergi hospital jumpa doktor. Alhamdulillah la tak da yang teruk.. Abg haq demamkan ulser kt tekak je.

Doktor bagi antibiotik, ubat demam dan batuk(untuk legakan tekak).

Semalam dah pergi hospital pantai pagi tadi pergi pulak klinik kesihatan klebang. Sebab pagi tadi hujung kaki nya bengkak macam kene gigit binatang. Alhamdulillah.. mungkin ulat ke ape ke.

Bila demam ni antibodi kurang dan silap sikit je gegata kembali menyerang. Habis satu badan lempap-lempap. Aiii.. macam-macam la abg haq ni. Kesian sangat dengan anak mama yang sorang ni. Mula lah timbul rasa kesal sebab tak menyusukan susu ibu dekat abg haq lama sikit. Full breastfeeding hanya 20 hari je.  Ni la akibatnya. Antibodi badan tak berapa kuat. Mudah kene jangkitan. Walaubagaimanapun saya berusaha bagi abg haq vitamin untuk kesihatan dia. Semoga abg haq membesar dengan sihat dan cerdik pandai.

Berminat untuk mendapatkan vitamin untuk anak-anak. Boleh segera hubungi hanie di 019-6609952 / emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka.