Wednesday, February 19, 2014

Abg haq pandai naik basikal setelah baik demam

Wednesday, February 19, 2014,6:18 AM |
Abg haq yang berusia 2 tahun 5 bulan dah pandai naik basikal...yahooooo. baru 3 hari (lambat update lor) Tapi kayuh separuh-separuh sebab kaki tak sampai. hihihi comelkan. Abg haq sangat-sangat lah teruja bila pandai naik basikal. Tapi macam biasa kepandaian bermula di rumah pengasuh. Al-maklumlah dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah pengasuh dia. Alhamdulillah saya dapat pengasuh yang menjaga anak saya dengan baik. Masa mula-mula pandai tu abg haq tak sabar tunggu mama ambik sebab nak tunjuk kat mama yang abg haq dah pandai naik basikal. Nampak sangat muka terujanya tu.

'Demam nak pandai'.... pernah dengar tak. Orang-orang tua kata la. Tak lau la mitos ke apa. Abg haq demam, batuk, selesema sebelum ni, sekarangkan musim angin + kering, rumah saya ni berdekatan dengan Pantai Klebang, lagi kuat la angin nya.  Badan kurus makan pun kurang asyik minum susu je. Bila dah baik demam, makan pun dah berselera, badan kejap je naik balik pastu tak lama tu dah pandai naik basikal. 

Alang-alang cakap pasal demam batuk selesema dimusim kering ni, Abg haq ambik ubat 2 kali di klinik. Sekali pergi tak elok juga pastu beli lagi ubat. Akhirnya saya ambik keputusan bagi madu untuk batuknya..alhamdulillah cepat elok. Ubat batuk yang beli kali kedua tu makan sikit je pastu stop dan saya bagi madu je. Ubat selesema pun tak abis, saya stop sebab macam dah banyak sangat ubat yang dimakan dengan antibiotik lg tapi tak elok-elok jadi saya gantikan dengan ambil chewable vit c 100 mg shaklee tapi saya upkan dos nya.. sehari saya bagi abg haq 2 biji (sepatutnya 1 biji sebagai supplement dah cukup) dan teruskan ambil omega guard hari-hari (sebelum ni seminggu 2 kali je). Bagi minum air masak lebih. Tak lama tu alhamdulillah.. kembali sihat. Saya tak sanggup tengok anak-anak tak sihat lama-lama. Kesiankan budak kecik lagi. Tapi abg haq macam biasa tak sihat tapi still aktif. Memang anak soljar lah... :)  huhuhu


Gambar naik basikal saya akan upload kendian ye sebab baru je pandai naik basikal, mama pun tak sempat nak tangkap gambar.

Sekian saja coretan harini. Mengabadikan cerita anak-anak di dalam belog kesayangan saya ni supaya suatu hari nanti mereka akan gembira membacanya. Perkembangan dan pembesaran mereka adalah pengalaman yang indah dalam hidup saya. Saya harap anak-anak akan membesar menjadi anak yang soleh. Insyaallah.

Berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin shaklee, boleh segera hubungi saya di :
SMS/WhatsApp : 019-6609951
Email : emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka dan Alor Gajah