Monday, February 17, 2014

14 jenis makanan terbaik untuk lebih sihat

Monday, February 17, 2014,4:18 AM |
Kepada mereka yang mahukan berat badan ideal dan ingin meningkatkan tahap kesihatan, bertindaklah dari sekarang. Amalkan gaya pemakanan seimbang, hadkan makanan yang tinggi kandungan lemak, garam serta gula. Pada masa sama, jadikan gaya hidup aktif sebagai ‘ubat’ yang perlu yang perlu diberikan kepada badan setiap hari, sekurang-kurangnya berjalan cepat 30 hingga 45 minit sehari.

Dalam usaha mengurangkan makan, ada 14 jenis makanan terbaik untuk lebih sihat dan yang mempunyai banyak manfaat kepada badan iaitu :

1. Minyak Zaitun
    Minyak zaitun baik digunakan untuk mengganti minyak dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak menyihatkan (lemak baik/HDL) yang bermanfaat untuk memberikan rasa kenyang dan mengelakkan nafsu makan yang kuat. Selain itu, minyak zaitun juga bermanfaat sebagai antikeradangan dan antioksidan yang baik untuk tubuh.


2. Keju : 
   Keju berasal daripada susu yang dapat membantu menurunkan berat badan jika diambil secara teratur  dan tidak berlebihan. Susu yang terdapat  dalam keju mengandungi asid linoleat yang membantu membakar lemak.

3. Epal :
 Epal adalah antara buah yang banyak mengandungi serat sekitar empat hingga lima garam setiap biji. Pelbagai jenis epal yang ada di sekitar kita. Oleh itu, pilih epal yang mengandungi banyak serat dan air yang memberikan rasa kenyang serat antioksidan untuk menjaga kestabilan metabolisme.

4. Tomato :
 Setiap kali anda mengunyah makanan, secara automatik tubuh akan melepaskan hormone cholecystokinin (CCK) yang berfungsi untuk memperketat kantung perut dan usus supaya berasa cepat kenyang. Tomato mengandungi oligofruktos iaitu serat yang dapat menjaga dan mempertahankan tubuh daripada hormon CCK di perut anda dan senyawa likopine yang dapat melindungi kulit daripada terbakar oleh sinaran matahari serta mebgurangkan risiko kanser.

Testimoni pengguna ostematrix shaklee lebih lawas dan bertenaga 
 

5. Cuka :
      Cuka juga sering digunakan sebagai persa tambahan dalam masakan atau makanan. Ia dapat membantu rasa puas dan kenyang, namun anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan dan perlu mengikit kadar yang ditetapkan.

6. Salmon :
      Salmon amat baik untuk kesihatan dan siet kerana mengandungi banyak vitamin, rendah lemak dan mampu menjaga kesihatan jantung serta mengecilkan pinggang atau perut. Lemak omega-3 yang ada pada ikan salmon ini dapat meningkatkan insulin yang membantu perkembangan otot dan menurunkan lemak di bahagian perut.

7. Yogurt :
  Yogurt boleh dijadikan sebagai makanan diet yang sempurna kerana mengandungi karbohidrat, protin dan lemak yang membantu mengurangkan rasa lapar dan membantu kawalan gula darah ke paras normal.

8. Badam :
      Badam adalah makanan ringan terbaik yang dapat memberikan rasa kenyang dan membantu menjaga kadar gula darah supaya stabil.

9. Pir :
 Buah pir memiliki jumlah serat sekitar 5.5 gram, bergantung kepada saiz buah berkenaan.

Pengambilan buah ini menjadikan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Lebih baik sekiranya dicampur bersama salad atau pencuci mulut selepas makan.

10. Kulit kayu manis :
 Kayu manis adalah kelompok rempah yang memiliki manfaat untuk kesihatan tubuh. Pengambilan setengah sudu teh kulit kayu manis setiap hari dapat membantu mengawal gula dalam darah dan mengendalikan insulin serta mengelakkan tubuh menyimpan lemak.


11. Kacang hitam :
    Kacang adalah makanan baik untuk mengelakkan kegemukan kerana mengandungi kombinasi ideal iaitu serat larut dan tidak larut, lemak, protin dan karbohidrat pembakar lemak.

12. Kopi :
     Pengambilan kafein mengikut kadar ditetapkan akan membantu membakar lemak dalam tubuh. Kafein dalam kopi dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh seterusnya menurunkan berat badan. Kesan kafein dapat bertahan sehingga empat jam dan membakar kalori sebanyak 30-50kcal sehari.

13. Telur :
    Telur boleh membantu menurunkan berat badan kerana mengandungi banyak protin dan rendah kalori. Mengambil telur menjadikan perut kita berasa kenyang dalam tempoh beberapa jam.

14. Bawang putih :
  Makanan yang dilengkapi dengan bawang putih dapat membantu mengawal kegemukkan. Rasa dan aroma bawang putih yang kuat membuat makanan lebih sedap dan rasa kenyang dengan cepat. 
- Sumber : Harian Metro-

019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka