Thursday, January 16, 2014

Rahsia kempiskan perut selepas bersalin

Thursday, January 16, 2014,1:45 AM |
1.       Susu ibu
Penyusuan susu ibu adalah azimat yang terbaik untuk kempiskan perut. Susukan anak sebaik sahaja selepas bersalin dan seterusnya sehingga 6 bulan untuk penyususan secara eksklusif dan sehingga dua tahun. Selain anak anda mendapat susu ibu yang berkhasiat anda juga mendapat manfaat untuk untuk badan anda. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

2.       Bengkung
Semasa dalam tempoh berpantang, pelbagai perkara yang anda harus lakukan untuk memastikan tubuh badan sihat termasuk berbengkung untuk kempiskan perut. Bagi yang bersalin secara normal boleh terus berbengkung. Manakala bagi yang bersalin secara cesarean boleh memakainya setelah seminggu ataupun dapatkan nasihat doktor sebelum memakai untuk memastikan luka pembedahan dalam keadaan normal. Memang benar, ada segelintir ibu rimas apabila berbengkung selepas bersalin. Malah dengan pelbagai alasan seperti panas, tidak selesa dan sebagainya. Hakikatnya, bebrbengkung mempunyai kebaikan tersendiri seperti seperti membantu memngembalikan bentuk badan asal termasuk bahagian perut. Pastikan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tidak diingini.


3.       Bertungku / Bertangas / Sauna
Sudah menjadi kemestian selepas bersalin mestilah bertungku pada seluruh tubuh untuk mengembalikan kesegaran badan dan mengelak ‘angin masuk badan.’ Bertungku bertujuan untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut atau rahim. Manakala bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan. Lazimnya ‘mak bidan’ akan datang ke rumah selepas sekurang-kurangnya tiga selepas bersalin normal dan bagi bersalin caserean dinasihatkan sekurang-kurangnya dua minggu. Namun bahagian luka pembedahan tidak dibenarkan bertungku.

4.       Pemakan Sihat
Lazimnya tubuh selepas bersalin lemah dal letih. Sehubungan itu, anda perlu makan makanan yang berkhasiatuntuk menambah tenaga dalam badan dan yang penting memastikan penyusuan susu ibu anda dapat dilakukan dengan baik. Ini kerana pada bulan-bulan pertama bayi memerlukan susu ibu yang berkhasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi. Dalam tempoh itu, anda perlu memilih makanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Anda boleh mengurangkan pengambilan lemak dan minyak. Jika boleh ambil makanan yang berkukus dan mengambil makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.

5.       Aktiviti Kecergasan
Tahukah anda bahawa denaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Selain itu, anda boleh melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang yang dikatakan mapu mengatasi masalah lebihan lemak di bahagian perut. Lebih menarik lagi, bukan sahaja perut anda kempis tetapi dapat membina otot perut. Namun untuk mendapat perut yang ‘cantik’ bukan kerja yang mudah. Anda perlu sabar dan lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan yang terbaik.

6.       Postur Tubuh
Pernahkah anda terfikir bahawa cara jalan, cara duduk dan apa sahaja pergerakan anda akan memberi kesan kepada bentuk badan anda. Tetapi itulah hakikatnya ! Anda perlu memastikan kedudukan postur tubuh dalam keadaan betul. Misalnya anda pastikan anda duduk dalam keadaan tegak, berjalan dalam keadaan postur tegak (tidak membengkok ). Mulai hari ini pastikan postur tubuh anda didalam keadaan betul.

7.       Toksin Dalam Badan
Tahukah anda bahawa lebihan toksin dalam badan kebanyakkannya terkumpul di bahagian perut. Situasi ini akan menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut. Mungkin anda boleh mengambil suplemen untuk nyahkan toksin dalam badan.

Sumber : Majalah pa&ma Julai 2013