Thursday, January 9, 2014

Cara nak bekalkan susu ibu (EBM) kepada pengasuh

Thursday, January 9, 2014,5:20 PM |
Pertama kali nak bekalkan susu ibu kepada pengasuh membuat saya pening, walaupun anak dah dua tapi masa anak sulung dulu saya guna susu tepung, cetek ilmu la katakan. Jadi pagi-pagi nak hantar baby ilman tu tefikir macam mana ye nak letak susu ibu ni, nak hantar je dalam plastik ataupun nak isi dalam botol penuh atau asing-asing ikut auns.  Akhirnya saya bagi je dalam plastik yang saya simpan tu. Rasa macam pelik juga sebab dalam plastik tu ada satu auns ada dua auns ada tiga auns tapi hantar je la.

Salah satu set yang terlaris 3M(Making More Milk)

Luahan hati di facebook/whatsapp pasal cara nak bekalkan susu ibu kepada pengasuh akhirnya terjawab apabila kawan-kawan memberi pandangan masing-masing dan sokongan, gembira sangat, itu namanya moral support.

Kalau anda ada masalah nak bekalkan susu ibu, mari ikut tips saya ini, insyaallah tak ada masalah:
1. Sebelum tidur turunkan susu dari freezer ikut berapa banyak yang baby akan minum, kalau tidak pasti, agak-agak je la masa hari pertama tu, biar lebih jangan kurang, kang melalak pula baby tu kurang susu. Macam baby ilman si bambam tu minum 10 auns (3bulan - 6kg).

2. Bangun pagi, susu dah cair, asingkan masuk dalam botol supaya memudahkan pengasuh nak bagi. Contohnya ilman saya bekalkan 6 botol x 2 auns, tapi dah 4 harini saya tengok ilman minum hanya 5 botol sahaja,1 botol stanby.
3. Susu yang lain tarikh boleh dicampur untuk susu yang nak diminum untuk hari tersebut dan jika suhu sama.

4. Kalau dah turunkan tapi susu masih membeku, mungkin suhu tinggi sangat kat bawah tu, malam tu anda boleh masukkan susu beku dalam bekas berisi air kemudian baru letak kat chiller.
5. Pesan betul-betul kepada mengenai cara nak bagi baby tu minum, masa hari pertama tu saya tak prepare nak terangkan akibatnya tersasul-sasul jadinya sampai pengasuh tu ingat air panas tu letak dalam botol susu. Ayakkkk.. saya pun pening.
Caranya nak panaskan mudah je. Keluarkan dari peti ais kemudian rendamkan botol susu dalam air panas, tak perlu air panas mendidih cukup setakat air panas dalam tarmos tu. Susu ibu yang telah dipanaskan TIDAK BOLEH disimpan semula, kalau dah cukup 3 jam baby tak habis minum, kene dibuang. 
Rasanya TIDAK PERLU bekalkan stok susu ibu banyak-banyak sangat kepada pengasuh, kesian pulak pengasuh tu nak asing-asingkan ikut tarikh, elok kita sebagai ibu/bapa yang buat tu semua. 

Sekian sahaja celoteh harini, diharap para ibu yang nak hantar anak kepada pengasuh jangan pening-pening ye. wasalam.  

Ingin mendapatkan set ibu menyusu boleh SMS/WhatsApp hanie di no. 019-6609951. Ataupun boleh mesej hanie di Fanpage FB : rujukvitaminku

Ini gambar anak saya (Abg Haq - 2 tahun 3 bulan) & ilamn (3 bulan)