Tuesday, December 17, 2013

Anemia / tiada darah

Tuesday, December 17, 2013,11:38 PM |

 Amenia yang membawa maksud 'tiada darah' atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen dan mengakibatkan hipoksia. Oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. 

Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Tiga kelas anemia yang utama :
1- kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama)
2- pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis)
3- pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).
 
Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah dan anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa.

Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk. Anemia amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada degupan laju dan berpeluh. Kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.Kulit dan selaput mukosa yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya. Dengan itu bukanlah merupakan tanda yang pasti.

Kekurangan zat besi akibat kekurangan makanan amat jarang bagi dewasa tidak berhaid (lelaki dan wanita putus haid). Anemia kekurangan zat besi ringan hingga serdahana dirawat dengan tambahan zat besi menggunakan ferous sulfat atau ferrous gluconate.Vitamin C mungkin membantu keupayaan tubuh bagi menyerap zat besi.Vitamin tambahan diberikan secara oral (asid folik) atau suntikan (vitamin B-12) akan menggantikan kekurangan khusus.Bagi penyakit anemia kronik, anemia dikaitkan dengan kemoterapi. Bagi kes anemia teruk, atau dengan kehilangan darah berterusan, pemindahan darah mungkin diperlukan.

Sumber : www.wikipedia.com

Berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee secara Cash on delevery atau pos terus dihadapan rumah anda, boleh hubungi hanie untuk mendapatkannya. COD di Bandar Melaka ye. 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my

Vitalea Iron Formula - RM88.75
Sustained Release Vita-C - RM92.50
B Complex - RM53.75