Tuesday, November 5, 2013

Breastpump pilihan saya

Tuesday, November 5, 2013,2:47 PM |
Setelah pening-pening memilih breastpump mana yang sesuai utk saya, akhirnya saya telah membuat keputusan dan membeli sepctra 3. Sebelum beli tu saya banyak baca pasal review tentang setiap brand pump yang ada tetapi  ini yang menjadi pilihan hatiku.. hihihi. Ada beberapa pilihan tapi setelah meniliti beberapa faktor yang mempengaruhi,antaranya adalah :-

1. HARGA
Untuk membeli barang kita mesti meletakkan limit, tak nak lah terlalu menghabiskan duit untuk suatu barang sedangkan ada keperluan lain yang lebih penting. Jadi saya telah menetapkan breastpump pilihan saya mesti harganya tidak lebih RM600.00 ( saya beli pakej yang 4 ratus lebih, berbaloi-baloi, nak beli FS kene fikir 10x)

2. WARENTY
Kalau beli barang saya suka beli barang yang ada warenty, senang, apa-apa hal dalam tempoh tanggungan tu kita boleh hantar repair free. ( spectra 3 punya warenty selama 6 bulan)

3. SPARE PART
Penting juga ni, kalau breastpump tu susah nak cari spare part, payah gak. (Spectra 3 ni punya spare part melambak jual dan senang cari)

4. KESESUAIAN
Sesuai ke tak. Maksudnya mestilah tidak menyakitkan apabila menggunakannya. (spectra 3 ni memang best dan tak menyakitkan pun)

Okey la... ini lah yang saya beli, order online jew :)

Dapatkan vitamin anda disini :
019-6609951 / Id 866973
emy_2912@yahoo.com.my