Wednesday, November 27, 2013

Berurut selepas bersalin

Wednesday, November 27, 2013,10:58 PM |
Harini 27/11/2013 adalah hari ke 45 Muhammad Ilman Ziqri lahir ke dunia ni, nak bagitau saya dah habis pantang, en.suami kata amboi berjalan sakan harini ye.. mana taknya keluar rumah lepas zohor balik rumah pukul 6.30... mula-mula pergi berurut pastu singgah makan di Maidin pastu pergi institud memandu jumpa orang.. sakan tak.. hehehe


Oleh sebab baru berurut tadi saya saya abadikan tajuk berurut selepas bersalin didalam blog kesayangan saya ni.

Orang kata bersalin anak lelaki putus 2 urat, anak perempuan 1 urat, jadi kalau saya anak lelaki kedua-duanya 4 urat la dah putus.. yokyok orrr je, boleh percaya ke. Tapi lepas bersalin semestinya seorang perempuan tu akan rasa penat, sakit-sakit badan, lenguh-lenguh. Dalam masyakat melayu pula boleh dikatakan berurut tu wajib la kene buat selain bertungku. Kebiasaanya berurut selepas bersalin adalah selama 3 hari, ada yang 5 ataupun 7 hari. Tapi lagi lama berurut lagi mahal, bukan macam zaman dulu, murah je.


Saya telah berurut semasa hari ke 15 berpantang selama 3 hari berturut-turut. Tapi tukang urut tu tak tau sengkak (naikan sistem peranakan) jadi bila habis pantang saya berurut dan sengkak dengan bidan yang lain.

Apa rasa setelah berurut?
1. Badan terasa lega sangat tiada lenguh-lenguh
2. Darah nifas keluar lagi banyak & kadang-kadang berketul-ketul
3. Kepala rasa ringan (urutan di kepala memang marbelosss)
4. Susu banyak (urat susu berjalan lancar)
5. Kurang sikit angin dalam badan, kalau tak asyik kentut2 aje..

Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, urutan selepas bersalin akan:
  • melancarkan perjalanan darah.
  • mengeluarkan darah yang terperangkap dan bertakung.
  • menaikkan semula rahim.
  • membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya.
  • memecahkan lemak.
  • menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal.
  • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak.
Yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu. (babycenter)


Sekiranya anda berminat ingin mencuba vitamin shaklee boleh hubungi saya di emy_2912@yahoo.com.my / 019-6609951 / FB Fanpage : rujukvitaminku