Thursday, October 3, 2013

Persediaan sebelum kelahiran, mencukur bulu ari-ari

Thursday, October 3, 2013,8:55 AM |
Antara persediaan sebelum melahirkan adalah mencukur bulu ari-ari (kemaluan). Ini adalah pesan misi masa sebelum melahirkan anak sulung (kalau tak pesan pun kite buat k), yang kedua ni tak da pesan pun, tapi mungkin misi anggap kite ingat lagi. 

Mungkin ada yang tak ambil peduli sebab kat bawah tu kan sape la nak tengok ( 1st time bagi mereka yang belum pernah melahirkan) tapi percaya la dik non, bukan sorang doktor dan sorang misi je yang periksa kita masa tiba nak melahirkan, 4, 5 orang misi, 3, 4 orang doktor yang cek tak kira la lelaki ke perempuan. Jadi anda bayangkanlah, kalau doktor yang nak hadap benda yang merimbun tu, silap-silap bulu ari-ari itu di anggap rambut baby.. hahahaha.. melawak pulak.. 



Antara kepentingan bercukur bulu ari-ari :-
1. Menjaga kebersihan - disekitar kemaluan, jangan pulak sampai ada kutu, payah pulak nak kene letak ubat kutu.
2. Mengelakkan keputihan bertambah - Keputihan ini bakteria la, kalau tempat yang tak bersih senang la dia nak membiak.
3. Lebih selesa - kita akan berasa lebih selesa selepas bercukur. 
4. Bau - Bila tempat bersih, lapang je, bau yang kurang enak tu pun tak de la ye. 

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, jadi sebab itu, Rasulullah s.a.w berpesan suruh bercukur supaya kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci.



Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:

"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .


Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi:

"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?" 

Jawab Iblis:

"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Ohooo... tak nak la syaitan itu bergantung kat bawah ini, pijat pun aku tak izin kan.. cewah cewah.. Sebarang kisah hanyalah sekadar perkongsian semata-mata takda kait mengait antara yang hidup mahupun yang sudah tiada. wasalam.. Cerita ini diinspirasikan bila blogwalking di laman sesawang lin azlina. Thanks for thaht info ye kak. 

hanie
ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my