Tuesday, August 13, 2013

Tip kembali langsing

Tuesday, August 13, 2013,1:36 PM |
waaa.. dah beraya sakan, ada sesiapa yang mengalami penambahan berat badan tak? mesti ramai kan, masa bulan puasa ramai yang dah nampak kurus sikit, tayar spare pun kempis, ni dah asyik makan makanan berlemak, berminyak, kalori berganda-ganda, macam mana nak turun balik yer??? Jom ikuti tip untuk kembali langsing. Back to rutin ye.. 



1. Kurangkan makan daging merah
Daging terutama di bahagian tulang rusuk mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Begitu juga dengan daging ayam, berhati-hati ketika memilih bahagian daging ayam khususnya paha dan kepak yang terkandung lemak berbanding daging putih di bahagian dada.

2. Masak guna minyak zaitun
Minyak zaitun tidak mengandungi bahan lemak tepu. Oleh itu, ia dapat ganti lemak tepu dalam masakan anda. Penggunaan minyak zaitun dalam masakan juga beri banyak khasiat.Chef di malaysia turut guna minyak zaitun dalam masakan mereka.

3. Elak makanan beku
Makanan sejuk beku mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Disarankan tidak mengambil minuman sejuk selepas makan kerana apabila minum air sejuk, lemak akan terkumpul di kawasan tertentu dan akan jadi tepu lalu sukar untuk dibuang.

4. Tambah suplemen dalam diet
Antara suplement yang baik untuk kawal lemak tepu dalam badan adalah Omega 3. Suplemen ini adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh bagi membantu melawan lemak tepu dan kolestrol jahat. Selain itu, Omega 3 juga membantu kawal keradangan dalam badan, kuatkan jantung dan penglihatan seta menaikkan mood seseorang itu. Boleh diperoleh daripada jenis ikan seperti sardin, salmon dan kembung. Klik sini untuk lebih lanjut mengenai Omega 3.

5. Kurangkan produk tenusu
Jika anda peminat setia keju, cuba kurangkan ambil keju dalam setiap masakan anda kerana keju mengandungi lemak tepu yang banyak. Begitu juga produk susu lemak penuh atau susu pekat manis.

6. Kira jumlah lemak yang diperlukan
Mungkin anda rasa malas untuk kira jumlah lemak dan kalori yang diambil setiap hari. Namun cuba lakukan hingga anda berjaya jumpa cara berkesan bagi kurangkan lemak tepu dalam badan.

Sumber : HM 13/8/13

 Inginkan vitamin yang membantu anda kekal langsing. Jom sms/whatApp/call hanie 019-6609951 atau email emy_2912@yahoo.com.my atau jom klik like di fan page fb : @rvk online shop