Thursday, August 15, 2013

Masalah puting tenggelam atau puting leper

Thursday, August 15, 2013,1:47 PM |
Sebagai ibu baru atau ibu yang mengandung anak sulung, banyak persediaan yang perlu dibuat dari segi kelengkapan bayi, persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin, memperlengkapkan diri dengan ilmu penyusuan sebaik mungkin, peralatan penyusuan, dengan persediaan emosi, fizikal dan mental lagi. Memang banyak la, kite dulu siap buat check list lagi..

Kite sangat bersyukur dan berterima kasih dengan misi-misi di Klinik Ibu dan Anak Klebang kerana layanan dan perhatian mereka sepanjang kehamilan pertama dan kedua ini. Walaupun agak kecoh dan kepoh misi-misi tu, tapi hubungan dengan mereka dah macam keluarga. Masa check up dengan misi dulu, semua benda misi cek & ajar, tengok puting die kata puting ok, takda masalah, tapi ada sesetengah tempat misi tak cek pun. Kesian kepada mereka yang mengalami masalah puting tenggelam atau puting leper ni. Ianya terjadi kepada saudara terdekat kite. 

Kat sini nak kongsi beberapa tip untuk mengatasi masalah puting tenggelam atau puting leper ni :

  1. Agak-agak 2 bulan nak bersalin, ibu boleh menggunakan breast pump dan melakukan aktiviti mengepam macam nak pump susu tapi tujuan sebenar adalah untuk kelurkan sikit puting tersebut. Buat hari-hari, insyallah yang tengelam atau yang leper tu akan timbul.
  2. Ibu-ibu juga boleh melakukan urutan. Guna ibu jari dan jari tunjuk, picit dari sekitar kawasan hitam hingga ke puting. Picit dan tarik ke depan. Buat hari-hari.
  3. Bagi puting leper tu, ambil seketul ais, letak kat puting, bila dia mengeras, lakukan urutan seperti di perkara 2.
  4. Perkara paling senang, suruh je suami jadi baby tua... hahahaha (18sx ye) kalau hari-hari buat senang la puting nak timbul, selain mengeratkan hubungan suami isteri.. :) 
Sebenarnya nak mengeluarkan puting bukan nya perkara sehari dua, tapi kene dilakukan seawal mungkin tapi kalau 2 bulan sebelum tu, dah ok lah. 

Sekian sahaja perkongsian dari pengalaman anak sulung, semoga anak kedua ini dipermudahkan perjalanan penyusuan sehingga 2 tahun. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi hanie dengan Call/SMS/WhatApp ke 019-6609951 atau email emy_2912@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.