Sunday, July 21, 2013

Tips untuk mengelakkan kekurangan tenaga dibulan puasa

Sunday, July 21, 2013,9:39 AM |
Bulan puasa adalah bulan penuh rahmat dan kita digalakkan malah disuruh untuk sentiasa mengambil peluang untuk beribadat. Tapi kalau asyik lemah, lembik tak bermaya macam mana nak beribadat kan. Disini kite nak kongsikan beberapa tip untuk mengelakkan kekuranga tenaga dan nutrien di bulan puasa ini. Antaranya adalah :-

  • Minum air sebanyak mungkin ketika bersahur dan berbuka kerana antara sebab tidak sihat ketika berpuasa ialah kurang air. (Untuk mengelakkan anda sering ketandas atau perut buncit, pastikan anda minum sedikit demi sedikit sepanjang malam untuk mendapatkan 2 lit - 3 lit sehari).
  • Kurangkan minum kopi dan teh. Ia mengandungi kafein yang boleh menyebabkan anda kehilangan air melalui diuretik (kencing).
  • Pastikan anda mengambil banyak protein misalnya kekacang, daging dan telur. Protein amat diperlukan dalam tumbesaran bayi selain ianya memberi tenaga dengan lebih lama berbanding karbohidrat.
  • Elakkan makanan yang bergula. Ia akan menyebabkan paras gula tinggi dan rendah secara mendadak dan ini akan menyebabkan anda rasa pitam dan pening.
  • Elakkan makan makanan bergoreng dan berlemak contohnya samosa, goreng pisang dan sebagainya. Ini kerana makanan berminyak dan berlemak mempunyai khasiat yang rendah walaupun mengenyangkan.
  • Makan makanan yang memberi tenaga secara beransur-ansur seperti kurma dan kekacang. Makanan seperti ini akan memberikan tenaga berterusan walaupun beberapa jam telah berpuasa.


Sekiranya anda mahu set bajet ramadhan untuk kekal bertenaga. Boleh hubungi 019-6609951 / email : emy_2912@yahoo.com.my / Fanpage FB : @rvk online shop / FB : Emy ilhamie