Wednesday, July 10, 2013

Tips atasi keputihan ketika hamil.

Wednesday, July 10, 2013,11:31 AM |
Entry untuk keputihan di kalangan wanita atau gadis telahpun di tulis sebelum ini. Kalau nak baca klik sini ye. klik klik klik." Masalah keputihan dikalangan wanita". Tetapi harini kite nak fokuskan keputihan yang dialami wanita ketika hamil.

 Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda. Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat. Kerana itulah wanita hamil sering mengalami keputihan.

Antara tips untuk mengatasi keputihan ketika hamil antaranya adalah :-
  • Kurangkan pengambilan makanan yang manis.
  • Banyakkan minum air putih.
  • Pakai seluar / seluar dalam yang menyerap peluh dan tidak terlalu ketat. Biarkan ada pengaliran udara.
  • Tidak menggunakan pembersih dalam wanita atau mandian buih yang wangi. Cukup sekadar cucian menggunakan air sahaja sekiranya mahu menggunakan sabun gunalah yang mempunyai PH yang sesuai.
  • Lap kering menggunakan tisu atau tuala bersih selepas membuang air.
  • Sekiranya memakai pantyliner, tukar sentiasa supaya bahagian v sentiasa kering & bersih.

Sekiranya anda dapati keputihan bertambah teruk, sila berjumpa dengan doktor, doktor akan membekalkan anda dengan ubatan seperti krim antikulat (sapu dibahagian v atau ditempat yang gatal), ubat yang dimasukkan dalam v ( akan dibekalkan dengan alat untuk masuk ke lubang faraj tapi menggunakan jari untuk menolak ubat itu lebih selesa), pencuci bahagian v ( mempunyai PH yang bersesuaian), ubat makan untuk tahan gatal.

Jom layan gambar kite tangkap sebentar tadi.

 Ni dia krim antikulat itu. 

 Ini pula ubat yang dimasukkan ke dalam lubang faraj berserta alatnya.

Pil yang diberi untuk tahan rasa gatal untuk mengelakkan kita menggaru di tempat tersebut adalah ISOMIN Dexchlorpheniramine maleate 2mg. Fuhhh panjang bebenor la namanya. 

Tetapi sentiasa diingatkan, semasa hamil ni jangan beli ubat sesuka hati anda, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Paparan ubat diatas hanyalah sebagai perkongsian semata-mata.

Sekiranya ingin mengatasi keputihan bukan ketika hamil, jom dapatkannya disini terbukti keberkesanannya, ai jamin k sebab dulu lepas consume pil shaklee yang satu ni, terus takda. Anda perlu cuba. 
Hanie 019-6609951/ emy_2912@yahoo.com.my.