Wednesday, July 17, 2013

Risiko hamil di usia lebih 35 tahun

Wednesday, July 17, 2013,12:17 PM |
Sedikit info : My mOm melahirkan anak kelima di usia 35 tahun. Pastu terus stop. Memang patutlah kan dah 5 orang. Tapi macam mana pulak keadaan bagi pasangan yang baru memiliki seorang atau 2 cahayamata semasa usia itu. Semestinya ada niat dihati untuk menambahkan. Kite pun berangan untuk melahirkan baby last pada usia lewat. Insyaallah jika diizinkan Allah. Bukan apa, nanti dah tua, anak-anak semua dah kerja tempat lain, belajar tempat lain, jadi sikecil tu boleh la temankan kite dan suami dirumah. Tapi larat ke nak jaga ye, hero sorang ni pun Masyaallah sangat la aktif, alhamdulillah semoga Muhammad Haq Uqasha menjadi anak soleh yang bijak. Coming soon harap dapat heroin la. hehehehe..


Balik ke tajuk risiko hamil di usia lebih 35 tahun. Kalau dulu-dulu memang macam pelik kan tapi di zaman moden serba canggih ini, banyak juga yang melahirkan bayi di usia lewat (35 tahun ke atas).  My Mak long melahirkan anak diusia 40 tahun, sihat, cukup sifat alhamdulillah & banyak lagi contoh seperti Azizah Arifin, Penyanyi Nora, Shery Merlis (tak tau eja) dan lain-lain. Semuanya sihat dan normal. 


Antara risiko hamil di usia lebih 35 tahun :-

1.  Sindrom Down. Nisbah yang selalu gunakan ialah 1 dalam 80 -100 pada usia 40. Ini berpunca dari usia telur yang telah “berumur” maka berkemungkinan mengalami kecacatan genetik. Tiada cara pencegahannya kecuali melakukan keguguran.

2.  Masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi. Perkara ini tidaklah sukar kerana terdapat kaedah-kaedah rawatannya.

3.  Masalah dari segi obstetrik seperti risiko keguguran atau kelahiran pramatang. Masalah tumbesaran janin terbantut juga adalah lebih tinggi sedikit. Pembedahan caesarean dahulu juga boleh menyebabkan kenaikan risiko kejadian uri bawah atau placenta praevia.

Di nasihatkan isteri berumur 40-an yang hamil melakukan ujian Sindrom Down. Ujian ini melibatkan imbasan ultrasound dan ujian darah seawal usia janin antara 10 hingga 12 minggu. Ujian-ujian ini boleh mencapai ketepatan 80 hingga 85 peratus.

Kredit : Info wanita

Hanie
019-6609951
ID 866973
emy_2912@yahoo.com.my
Fanpage : @rvk online shop