Friday, July 12, 2013

Peranan suami sepanjang kehamilan isterinya

Friday, July 12, 2013,4:45 PM |
Kehamilan adalah suatu yang mengujakan bagi seorang suami ataupun isteri tetapi yang akan mengalami perubahan fizikal dan mental adalah seorang isteri. Oleh itu persediaan seharusnya ada untuk seorang perempuan itu, tetapi harus diingatkan suami juga memainkan peranan penting sepanjang tempoh kehamilan seorang isteri itu. Walaupun pada hakikatnya kite dan suami duduk berjauhan untuk kedua-dua anak kami tetapi peranan seorang suami itu harus ada tak kisah la jauh ke dekat.

Antara peranan yang wajar dilakukan oleh suami sepanjang kehamilan isterinya antaranya :-

  • Memberi perhatian - Seorang isteri apabila hamil dia memerlukan lebih banyak masa dengan suami, kadang-kadang ingin bermanja, nak itu la ini la, mengidam itu la ini la, nak pergi jalan, nak suruh call selalu. (banyak songgeh sikit).
  • Memberi sokongan moral - Sokongan moral itu penting kerana akan ada banyak perubahan fizikal yang akan berlaku pada badan isteri, jadi suami haruslah paham keadaan itu, (puji la sikit-sikit, sayang mengandung ni pun nampak cantik).
  • Membantu isteri - Apabila berbadan dua ni, keterbatasan pergerakan akan berlaku, tak boleh angkat berat la, cepat penat la, jalan jauh sakit kaki la, jadik peranan suami menolong isteri sangat-sangat diperlukan (tolong angkat barang, sidai baju, urut kaki).
  • Membelai dan menunjukkan kasih sayang - Walaupun ada lelaki sukar tapi harus ditunjukkan kerana ia sangat diperlukan oleh isteri anda. (Contoh : Cium perut & cakap dengan baby jangan tendang mama kuat-kuat).
  • Ambil berat - Perlu untuk suami tahu pemakanan isteri, ubat isteri, apa isteri lakukan, apa yang tidak boleh dilakukan. (Tegur bila tak nak makan nasi macam kite).
  • Dekatkan diri dengan Maha Pencipta - Asas sebagai manusia dan asas sebagai ketua keluarga.


"Assalammualaikum baby, kamu sihat ke kat dalam tu, dah makan ke lom, tadi mama makan sambal belacan, sedap tak?"

Dapatkan vitamin untuk keluarga anda disini 
Hanie
ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Fanpage : @rvk online shop