Wednesday, July 24, 2013

Pemakanan ibu menyusu

Wednesday, July 24, 2013,10:50 AM |
Semasa menyusu badan, apa yang dimakan oleh ibu akan disalurkan kepada anak. Jadi para ibu menyusu perlulah ambil makanan yang mempunyai nutrisi yang tinggi dan pelbagai bagi membolehkan anak mendapat nutrisi secukupnya supaya perkembagan otak dan badan bayi berkembang dengan sihat. Makanan berkhasiat & variasi bukan sahaja diperlukan semasa ibu sedang hamil tetapi juga semasa menyusu lebih-lebih lagi semasa 6 bulan pertama, bayi hanya akan minum susu ibu sahaja. 

Apa yang perlu ibu menyusu ambil :-

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). 



Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. 



Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. 





Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu andaPastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. Sumber Baby center

Testimoni cara banyakkan susu ibu

Set penyusuan yang sangat popular