Friday, July 26, 2013

Pantang larang ketika hamil

Friday, July 26, 2013,4:36 PM |
Masa hamil ni banyak bebeno la pantang larang nya, tapi yang biasa kita dengar tak boleh minum air kelapa banyak-banyak takut hilang semua vitamin yang ingin disalurkan kat anak, jangan minum air kopi sebab kefein tak elok untuk perkembangan bayi, jangan makan nenas sebab tajam begitu juga air tebu dan tapai....bla bla bla..dan banyak lagi... 
Tapi kali ni kite nak kongsi pantang larang orang tua-tua yang agak pelik memelik sikit.. Thanks to kak nea-lopah atas perkongsian beliau, ni orang tua-tua punya cakap, nak cayo ke tidak terpulang la.. hehehehe  


PETUA ORANG TUA UNTUK IBU HAMIL
  1. Dilarang mencaci atau menceritakan, dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat
  2. Dilarang memukul, mendera dan mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecatatan.
  3. Dilarang memaku, memahat,mengail atau menyembelih binatang,dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
  4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
  5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
  6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
  7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
  8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
  9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak akan tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
  10. Dilarang menyusup di bawah ampaian kain, nanti anak akan terencat.
  11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
  12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
Pantang larang ini adalah sebahagian sahaja, masih bnyk lagi pantang larang yang lain2. Kalau ada boleh lah kawan2 share bersama. Walaupun nampak macam tak logik jer bunyi nya pantang larang ni, terpulanglah pada individu tu sendiri nk ikut atau tidak.