Thursday, July 25, 2013

Makanan dan resepi ibu dalam pantang

Thursday, July 25, 2013,9:43 AM |
Harini kite nak kongsi resepi yang my mom selalu masakkan semasa kite dalam pantang. Ala resepi simple sangat, mesti semua orang tau kot. My mom kata ini masakkan orang yang malas... huhuhu.. kamu semua tahu kan masak PINDANG. Ni pindang cara hanie er... tak tau la kot ada tambahan lain yer.. 

Bahan-bahan
1. Ikan
2. Bawang besar/ Bawang putih
3. Halia
4. Kunyit
5. Serai
6. Asam jawa
7. Tomato
8. Cili besar

Cara-cara

Hiris Bahan ( 2 + 3 + 5 ), kunyit ditumbuk dan perah sedikit asam jawa. Campur kesemua bahan-bahan diatas dan letak sedikit air untuk jadikkan kuah. Masak diatas api yang sederhana. Bila hampir masak letakkan buah tomato yang dipotong 4 dan cili besar yang dipotong.... emmm.. sedap jugak lauk orang malas ni.. hehehe.. gambar, kite g pinjam ngan pakcik google ye. :)


SELAMAT MENCUBA !!

Ada lagi lauk yang sedap yang my mom masak masa dalam pantang contohnya sup ikan merah, isyyy sedap, tapi kite tak tau la cara masaknya. Nanti kalau ada masa nanti kite tanya my mom.