Sunday, July 7, 2013

Jerawat teruk perlu dirawat segera

Sunday, July 7, 2013,8:13 AM |


Jerawat atau ance vulgaris adalah satu perkara biasa berlaku pada remaja akhir baligh disebabkan perubahan hormon badan.

Ada banyak fator yang mungkin menyebabkan jerawat teruk seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit). Jerawat yang teruk perlu dirawat untuk mengelakkan kesan parut kekal. 

Ia suatu fenomena biologi yang terjadi pada kulit akibat keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Jerawat sering muncul pada bahagian kulit berminyak seperti kulit muka dan kulit badan.



Terdapat beberapa kategori jerawat dikenalpasti iaitu jenis jerawat ringan yang biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Jerawat sederhana biasanya akan mengalami bintil jeragat dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian muka, dada dan belakang badan.

Jerawat kronik pula menyebabkan individu berkenaan mengalami nodul besar yang berwarna merah, sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh lain.

Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat.

Apabila ini berlaku, maka bintik putih akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuhan jerawat yang amat ketara.

- HM 1 Julai 2013 -

Risau dengan perkembangan jerawat yang semakin aktif. Tak tahu produk mana lagi yang hendak digunakkan? Perbaiki jerawat bermula dari pemakanan anda. Dapatkan vitamin yang dapat membantu mengurangkan jerawat dimuka anda. Hanya dengan menaip msj “MASALAH JERAWAT “ dan hantar ke 019-6609951 atau email emy_2912@yahoo.com.my, saya sedia membantu.