Tuesday, July 9, 2013

Asid folik dan kehamilan

Tuesday, July 9, 2013,12:50 PM |
Tengah duduk berangan nak sambut puasa esok tetibe je teringat arini belum update blogku sayang ni lagi, cian die, xda story mory ke.. hehehehe.. ada, harini terdetik pula nak tulis entry mengenai asid folik. Masa zaman bujang, lagi beberapa bulan nak kawin ada member tanya, "eh ko dah stat makan asid folik ke lum"?   Dengan terpinga-pinga, ape kejadahnya asid folik ni, tak pernah dengar pun. Nampak tak begitu tak peka nya kite terhadap supplement ni. Memang takda la nak ambik. 

Kepekaan timbul apabila sebaik sahaja telah disahkan mengandung 2 bulan selepas bernikah (bunting pelamin la katakan). Bila buat cek up baru la dapat 3 jenis pil, masatu tak ambik tau pun pil apa, misi ada bagitau untuk apa dan blablabla, tapi pastu dah lupa.. Bila dalam shaklee baru la belajar mengenai itu, ini penting itu, penting ini. Bagus shaklee ni membuka minda, meluaskan pengetahuan... huhuhu..

Asid folik ni sangat penting untuk ibu mengandung. Dos yang dicadangakan adalah 400 mikrogram (mcg)
yang sedang merancang untuk hamil pun digalakan ambil asid folik ni untuk menguatkan rahim wanita.
Asid folik ni adalah dari kelompok vitamin B (B9).

Makanan yang mengandungi asid folik adalah :-
  • Kekacang
  • Sayuran hijau
  • Barli
  • Daging lembu
  • daging kambing
  • Oren
  • Cendawan
  • Susu
  • Gandum / bijirin
  • Dan banyak lagi

Semasa mengandung kita digalakan mengambil makanan dari semua jenis kumpulan makanan pada kuantiti yang ditetapkan. Digalakan mengambil lebih buah-buahan dan sayuran.

Risiko apabila kekurangan asid folik antaranya :-
  • Kecacatan dalam sistem saraf seperti Spina Bifida (sumbing tulang belakang).
  • Kerosakkan saraf kekal.
  • Masalah bibir dan lelangit bercelah (sumbing).
  • Kecacatan jantung.
  • Kelahiran bayi pra-matang.
  • Perkembangan bayi dalam rahim terencat
  • Keguguran secara tiba-tiba.
  • Komlikasi dalam kehamilan.

Haruslah diingatkan bahawa asid folik ni sangat penting terutamanya 13 minggu pertama diawal kehamilan. Asid folik ini membantu membina sel-sel baru dalam tubuh. Selain itu asid folik juga berfungsi membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA ynag rosak dalam sel. Oleh itu, ianya sangat-sangat diperlukan oleh bayi dalam kandungan untuk membina banyak sel-sel baru. Jika kurang asid folik, kesihatan/pertumbuhan bayi dalam kandungan mungkin akan terjejas. 

Untuk mengandung kali ni kite hanya ambil vitamin shaklee  je. Cukup dos asid foliknya, takda masalah, hb pun ok. Alhamdulillah. Ingin dapatkan vitamin masa hamil anda, jom hubungi hanie 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my. Id 866973.