Monday, June 10, 2013

Tips rahsia banyakkan susu ibu

Monday, June 10, 2013,10:32 AM |
Rahsia demi rahsia akan terungkai mengenai tips untuk banyakkan susu ibu, cewah cewah. Mesti ibu-ibu teruja tengok banyaknya susu ibu yang mereka dapat kumpul. Alhamdulillah, kite pun tak sabar nak menyusukan anak kedua sampai usianya 2 tahun dan kumpul stok susu banyak-banyak. Kalau terlebih stok susu boleh ambil anak susuan. Amboi berangan terlebih pulak. 

Sebenarnya bukan rahsia sangat. Konsep tu penting, kene faham konsep 'DEMAND & SUPPLY'.

Semakin rajin kita mengosongkan payudara, semakin rajin kilang payudara kita menghasilkan susu. 

Setiap ibu yang menyusukan anak, WAJIB mematuhi 3 perkara penting ini sekiranya anda bercadang mahu berjaya dalam misi penyusuan:

1.
Pam secara konsisten setiap 3 jam sekali (kalau masih dlm pantang, atau surirumah sepenuh masa, susukan anak setiap dua jam especially semasa 6 bulan pertama). Bagi working mommies, pastikan anda mengepam minima 6 kali sehari TIDAK termasuk sessi direct-feeding dan 3 –4 kali adalah semasa waktu bekerja. Ingat KONSEP ye.

2.
Minum air tidak kurang 3 liter sehari. Minum sedikit demi sedikit, kurangkan air berais dan cuba kurangkan kafein.

3.
Pam dlm keadaan tenang, tidak stress serta berdoa supaya dpt menyusukan anak sehingga 2 thn.





INGAT...ibu-ibu, DISIPLIN itu penting, susu melimpah ruah bukan datang macam tu je, usaha dan tawakal, set dalam mind, susu aku banyak, cukup untuk anak aku, susu aku banyak, cukup untuk anak aku. Setelah buat semua itu, kalau dapat sikit maknanya memang itu rezeki anak dan cukup untuknya. 

Melihat kepada testimoni ibu Siti Khadijah, ibu Siti Asmah Mustafa, ibu Shima Samat mereka mengambil vitamin Shaklee untuk membantu mereka menghasilkan stok susu ibu yang banyak. 

PERINGATAN :
Vitamin Shaklee hanya MEMBANTU kilang payudara ibu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat,
Vitamin Shaklee hanya MEMBANTU memberi nutrisi yang cukup kepada ibu supaya dapat menghasilkan susu yang lebih pekat, berkualiti, berkrim, 
Vitamin Shaklee hanya MEMBANTU ibu-ibu rasa bertenaga, cergas supaya tidak letih untuk mengepam, tidak stress.

Vitamin shaklee hanya membantu, konsep sebenar harus diaplikasikan. 

Ingin mendapatkan Set Ibu Menyusu boleh hubungi hanie 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my / FB : Rujukvitaminku 

Mahal ke set ibu menyusu ni, oh tidak, anda boleh mendapatkan set ibu menyusu shaklee mengikut kemampuan masing-masing, macam mana caranya. Jemputlah hubungi hanie. ianya PERCUMA tiada sebarang bayaran dikenakan.