Monday, June 24, 2013

Tips menghadapi fenomena jerebu

Monday, June 24, 2013,10:54 AM |
Semua sedia maklumkan cuaca sekarang yang semakin teruk, di tempat kite jerebu semakin meningkat. Index Pencemaran Udara (IPU) di Melaka (23/6/2013) adalah 4 ratus lebih, maknanya dikira teruk la tu, semua sekolah di Melaka diarahkan tutup sehingga dimaklumkan. Semoga tidak sampai darurat seperti mana di kawasan Muar dan Ledang dimana IPU nya adalah 7 ratus lebih. 

Keadan jerebu yang sebegini sekiranya berterusan akan mendatang kesan buruk terutamanya kepada kanak-kanak, ibu hamil, pesakit asma, pesakit jantung, orang-orang tua dan mereka yang bekerja diluar rumah/pejabat. 

Jadi diharap ambil la langkah menjaga kesihatan masing-masing. Tadi semasa dalam perjalanan pergi ke opis, ada je penunggang motorsikal yang tidak memakai mask, emmm.. dah jerebu teruk pun masih ada yang mengambil sikap tak peduli.

Antara penyakit yang akan senang hinggap masa jerebu ini antaranya adalah :
1. Sakit tekak
2. Pening
3. Demam
4. Sakit dada
5. Sesak nafas
6. Sakit jantung

Semua penyakit ini berpunca dari udara yang kite sedut, jadi sekiranya pakai mask tu adalah tapisannya. Walaupun kita hanya nampak macam kabus tapi sebenarnya dalam udara kita tu adanya molekul yang kecil yang tak nampak dengan mata kasar. Zarah yang kecil tu yang kite sedut masuk ikut paru-paru, tu la kadang kite rasa sempit dada/sesak nafas, oksigen kurang sampai ke otak, tu yang pening dan sebagainya.

Tips menghadapi keadaan berjerebu :
1. Berada di dalam bangunan
2. Pakai mask (topeng/ penutup hidung)
3. Minum air yang banyak
4. Pasang penghawa dingin sekiranya ada
5. Membawa ubat kemana sahaja (pesakit jantung/asma/dll)
6. Jangan membakar sampah
7. Jangan merokok


Kredit : weatherandclimate.blog.umt.edu.my


Vitamin Shaklee yang boleh membantu anda semasa keadaan berjerebu ini antaranya adalah:

- Nutriferon utk meningkatkan sistem imuniti badan
Artikel lebih lanjut mengenai nutriferon

- Performance Drink : mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik. Ianya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.


- Set vitamin asas ( Vita-lae, b complex, vitamin c) untuk membantu mendapat kesihatan yang terbaik.


- Vitamin antioksidan (Vivix, Carotomax, Vitamin E, CoQ) utk membanteras radikal bebas, al maklumlah jerebu ini menyebabkan radikal bebas berada di tahap lebih dari biasa.


- Vitamin C chewable & Mealshake - utk kanak-kanak sebagai penambahan kepada perlindungan sistem pertahanan badan mereka.


Berminat untuk mendapatkan info mengenai vitamin kegemaran anda, saya sedia membantu :

Hanie
COD Melaka
ID 866973
019-6609951
Fanpage : Rujukvitaminku
email : emy_2912@yahoo.com.my