Tuesday, May 7, 2013

Rumpai laut Vs Vitamin Shaklee

Tuesday, May 7, 2013,8:18 AM |
Amboi tajuknya gempak, harini kite bukan nak membandingkan kebaikkan rumpai laut dengan setiap Vitamin Shaklee, tapi untuk menunjukkan bagaimana proses membuat masker menggunakan rumpai laut dan membuat masker menggunakan beberapa vitamin shaklee. Al-maklumlah malam tadi baru pertama kali ber Masker dengan rumpai laut. Jadi tergerak hati nak berkongsi bersama pembaca semua. Harap bermanfaat dan pada mereka yang tercari-cari masker diluar tu, apa kata buat sendiri je dirumah, kalau gajin la.

Cara-cara memproses rumpai laut :
1.       Cuci rumpai laut sehingga bersih
2.       Rendam semalaman rumpai laut di dalam air, pastikan bekas rendaman itu lebih besar sebab rumpai laut itu akan kembang.
3.       Keesokan harinya, cuci semula rumpai laut yang direndam.
4.       Masak rumpai laut di atas dapur (seperti membuat agar-agar), letak air sehingga tenggelam rumpai laut, tidak perlu air yang lebih.
5.       Letakkan beberapa helai daun pandan untuk menghilangkan bau hanyir rumpai laut.
6.       Setelah selesai, masukkan rumpai laut di dalam bekas, sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Selesai.

Kegunaan rumpai laut yang telah siap diproses :
1.       Boleh buat masker – ambil sedikit rumpai laut dan sapukan sahaja di muka. Boleh membuatkan muka anda kembali tegang, anjal dan bebas jeragat.
2.       Minum – ambil sesudu kecil rumpai laut dan campurkan bersama segelas air dan minum, boleh juga letak sedikit madu atau boleh juga dicampurkan bersama air sirap dan lain-lain. Boleh minum 2 hingga 3 kali sehari.
3.       Rendaman kaki – ambil sedikit rumpai laut dan dicampur bersama air di letakkan di dalam besen dan rendam kaki anda, mesti anda akan berasa lega, pastikan air rendaman kaki itu sedikit panas tapi jangan pula sampai melecur. Ia untuk melancarkan perjalanan darah di dalam tubuh anda.
4.       Makan seperti agar-agar – rumpai laut ini akan jadi seperti agar-agar atau lebih glamour lagi dipanggil lengkong. Boleh dipotong-potong dan d imakan begitu sahaja. Tapi ada sedikit bau macam ikan masin la.

Malam tadi sebelum tidur kite baru sahaja bermasker dengan rumpai laut ni, bangun je kulit terasa lembut dan tidak terlalu berminyak dan macam lembap-lembap gitu, bagus kan. Alhamdulillah la my mom bagi yang siap diproses kalau tak tak kuasa nak buat.


Kalau ada sesiapa yang nak lagi mudah, pantas dan cekap, ini hanya buat mereka yang bervitamin dengan Vitamin Shaklee je boleh buat masker ini, caranya :

1.       Vitamin E – ambil sebiji vitamin e, cucuk dengan jarum, titiskan di atas tangan dan sapu dimuka. Sebiji vitamin e boleh digunakan sebanyak 3 kali, jimat.
2.       ESP – ambil sedikit sebuk ESP, campurkan bersama yogurt, kacau rata dan sapu di muka.
3.       ESP – ambil sedikit serbuk ESP, campurkan bersama putih telur kacau rata dan sapu di muka.
4.       Shaklee Collagen Powder – ambil sedikit serbuk SCP, campurkan dengan sedikit air dan sapu di muka.

Kat tepi tu gambar hanie sedang bermasker menggunakan rumpai laut, tegang betul muka, lepastu kite terletak kat kelopak mata pulak dah tak boleh angkat pulak mata tu, sepatutnya disekiling mata tak perlu disapu. ingat tu.

Begitulah mudahnya berMasker dengan vitamin Shaklee, khas untuk mereka yang ingin sentiasa pantas. Hehehehe.. 
Sekian sahaja celoteh untuk entry kali ini, berminat untuk dapatkan vitamin e, ESP dan Shaklee Collagen Powder untuk buat masker, jom mesej hanie 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my /  Page FB : rujukvitaminku / FB : emy ilhamie