Tuesday, May 14, 2013

Tips penyusuan susu ibu

Tuesday, May 14, 2013,12:17 AM |
Sebelum kite pergi ke topik tips penyusuan susu ibu, jom baca sedikit firman allah mengenai penyusuan susu ibu yang bermaksud:


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

 Kepentingnya penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi bagi memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi walaupun ibu telah kembali bekerja atau berpisah sementara.

·           Susui bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu.

·           Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa yang terluang semasa anda bersama bayi walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya.

·           Jangan gunakan putting kosong. 



·           Perah susu ibu selepas menyusukan bayi. Cara ini akan membantu payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.

·           Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Jangan risau tentang pengawalan berat badan dengan mengurangkan makan kerana member susu ibu boleh membantu ibu mendapat bentuk badan yang asal dengan lebih cepat berbanding dengan ibu yang member susu botol.



Bagi ibu bekerja :
-        susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan sebaik sahaja  balik dari kerja. Beri penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan pada hari cuti.

-        Jika mampu, gunakan pam berkembar (double pump). Ia dapat menjimatkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan susu. Kajian menunjukkan “double pumping” meningkatkan penghasilan prolaktin. 

 

-        Lebihkan kekerapan memerah susu di tempat kerja, sekurang-kurangnya 2-3 kali

-        Tenangkan fikiran.

-        Semasa bayi sedang menyusu, perah payudara yang sebelah lagi . Pendekatan ini lebih berkesan bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.

-        Tidur bersama bayi pada waktu malam dan jangan abaikan penyusuan malam kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu.


Sekian sahaja, jom klik entry mengenai susu ibu :
Pilihan set penyusuan ibu yang sangat popular
Sedikit ilmu penyusuan yang dapat dikongsi bersama