Friday, May 17, 2013

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

Begitu banyak fadhilat menyusukan anak ni, nak cerita sikit ni, sebagai ibu masa anak sulung kite kurang ilmu mengenai penyusuan susu ibu menyebabkan anak kesayangaku hanya menyusu ibu sehingga 4 bulan sahaja, insyaallah untuk anak kedua kite telah berazam untuk menyusukannya sehingga berusia 2 tahun, amin, doa-doakan la ye, hehehehe..


Jom baca antara kelebihan dan fadhilat menyusukan anak :

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

Wallahu’alam….

Susunan: HasnulHadiAhmad.Com



Dapatkan vitamin ibu menyusu disini untuk kecergasan ibu & anak, hanie - 019-6609951/ emy_2912@yahoo.com.my. Sekiranya anda mempunyai kekangan kewangan jangan risau, kami menyediakan pek istimewa untuk anda, hubungi saya segera.

Kepentingan penyusuan susu ibu 

2 comments:

MaMa Rey said...

betul tu susu ibu adalh susu paling terbaik..

g+ sama fungsi dgn facebook..nanti cari Hanie kat g+ ya..:)

Hanie said...

Hanie tak berapa reti la guna g+ tu..