Saturday, May 4, 2013

Amalan berpantang masyarakat melayu

Saturday, May 4, 2013,4:22 PM |


Alhamdulillah, mak kita adalah daripada golongan yang tidak kuat sangat berpantang, hehehe sebab kite pun memang tak ikut pantang yang pelik memelik, kalau rasa logic baru la ikut, hehehe.. ada yang cakap macam-macam pastu mesti kite cakap tu mitos je la.. hahahaha.. mesti bengang je orang yang bagi nasihat tu kan. 
 
Masa pengalaman anak sulung, mula-mula ingat nak adakan cukur jambul masa anak umur 7 hari tapi ada masalah jadi majlis cukur jambul hanya jadi majlis doa selamat, tak kisah la.
Masa tu ramai saudara mara datang menjengah maka banyaklah nasihat yang diterima waktu tu, kite dengar angguk dan senyum, hanya jawap dalam hati. 

Antara amalan berpantang ;

1.      Lepas makan hanya boleh minun 1 gelas air sahaja.
Dalam hati berkata, eh, gila ke.. hahaha sebab masa dalam pantang kite selalu rasa haus sangat, maka 3 liter la sehari aku minum, mungkin sebab makan jamu dan menyusu badan, jadi badan panas & perlukan air yang lebih.
2.      Tak boleh makan ayam.
Katanya takut gatal kat tempat yang dijait tu. Jadi mak memang masak ikan je hari2 selama 44 hari, dasyat tu.  Ha, yang ni kite memang ikut la, ooo.. takut kalau tang tu gatal walaupun tak tau statement ini fakta atau auta. Tapi makcik nurse tu kata, tak betol.
3.      Jangan mandi dalam masa 3 hari.
Kite baru je bersalin pukul 4 pagi, pukul 9 pagi dah mandi kat hospital pakai air biasa, rilex je, hahahaha..padahal tak tau pantang larang.. mak datang hospital pun terperanjat siap dia kata, eh ko mandi air sejuk, ingat kite ni duduk kat hospital swasta ke, gomen je mana la ada air panas. Tapi lepas balik umah memang mak soh mandi air panas ada rebusan akar kayu lagi.
4.      Minum air ibu kunyit.
Ini memang tak ikut la sebab mak dulu masa dalam pantang pun cukup tak suka kena minum air ni, jadi anak dia terlepas la, kalau mak buat pun kite akan buang ikut tingkap kot, hahahaha.
5.      Pilis & param
Apa beza ye, tak tau la, yang letak kat dahi mak ambil dari putik jambu batu, gesek dan letak kat dahi, tapi memang rasa sejuk je. Yang letak kat perut tu waktu siang pakai kapur campur limau nipis (agak gatal tapi tahan je), malam pakai krim dari NR (tak gatal).
6.      Bertungku.
Tungku kite pakai ni datangnya dari batu sungai dari Sarawak, ha special tak. Lepas mandi wajib bertungku, batu pastu lapis ngan kain dan sebelum letak kat perut ada letak daun, tapi lupa la daun apa, daun lempoyang kot (eh ye ke). Letak di perut, tapak kaki, selain tu, sesuka hati kite nak buat kat mana, kat kepala, kat cik b, kat betis, kaki, dah tak berapa panas letak kat mata.. Lega rasanya.
Ini tungku moden

7.      Buah-buahan jangan makan sembarangan
Ibu mertua ku tak bagi makan pisang, tapi kite makan je, pisang tu membantu melawaskan, takut sembelit. Tapi buah-buah macam tembikat betik mak tak bagi makan, tapi memang tembikai katagori buah sejuk takut baby kembung pulak, jadi ikut je la.

Untuk anak yang bakal lahir ni, amalan memakai bengkung, berpantang semua akan di ikut tapi yang bertukar adalah dari jamu ke SET BERPANTANG SHAKLEE.... nak tahu apa yang ada dalam set berpantang shaklee, nantikan update seterusnya. terima kasih mendengar celoteh dak hanie ni. wasalam.