Monday, April 1, 2013

Ilmu penyusuan susu ibu

Monday, April 1, 2013,12:14 AM |
Harini nak cerita mengenai ilmu berkaitan penyusuan susu ibu bagi membantu ibu-ibu yang tidak bernasib baik sepertimana kite, hehehehe.. kenapa kite cakap kite kurang bernasib baik sebab masa melahirkan anak sulung, susu kurang meriah akibat ilmu yang tidak di dalami sedalam dalam nya, internet ada tapi ada banyak kekeliruan disitu dan kite tidak menggunakan internet dengan sepenuhnya hanya cukup mengetahui basic mengenai ilmu penyusuan susu ibu. 

Mak yang menjaga kite semasa berpantang pun pening sebab mak antara golongan yang bernasib baik walaupun kurang ilmu penyusuan tetapi semasa melahirkan kelima-lima anaknya, dia dikurniakan susu ibu yang melimpah ruah, tanpa apa-apa supplement & amalan pantang larang & petua-petua bagai.

Jadi apabila anaknya ini melahirkan baby dia pun berikthiar berbagai-bagai cara antaranya minum air longan, ambik pucuk betik (pahit gila), makan pil ASI, ada makan sayur apa tah lupa la, memang banyak la cara tetapi kesemuanya gagal, akhirnya penyelesaiannya adalah susu formula. 

Apabila telah mendalami ilmu penyusuan susu ibu dengan lebih mendalam, kite telah dapat mengenalpasti apa masalahnya kite pada masa itu antaranya adalah :
1) Tidak mengepam susu walaupun baby tidak minum ( asyik tidur waktu siang)
2) Kurang mengambil makanan seimbang
3) Kurang bersungguh-sungguh mohon kepada allah

Okeh, penerangannya macam ni, kite memang masa berpantang minum air putih lebih 2 liter dan biasanya 3 liter sebab ibu menyusu akan selalu rasa dahaga. Paling penting untuk ibu menyusu adalah minum air yang cukup TETAPI yang kurangnya adalah tidak mengepam cik b walaupun penuh bengkak siap letak kobis, kesilapan terang terangan berlaku disitu. 

Sewaktu berpantang kite kurang selera makan, jadik makan sekadar isi perut agar tidak lapar, jadik pengambilan sayur, buah memang terabai (belum kenal shaklee untuk ambil makanan tambahan). 

Dan terakhirnya adalah bertawakal kepada allah, maksudnya dalam seharian kerja kita di bumi ini adalah menjadi hamba allah, jadi bila ada masalah sebegini kite anggap perkara ini remeh dan lumrah mugkin badan jenis yang tidak banyak susu, silap itu sebenarnya, ada surah dan selawat yang kita boleh amalkan & berdoalah dengan bersungguh-sungguh minta padanya supaya dicukupkan rezeki untuk baby kita tu,

Jom kite kongsi daripada blog seorang sahabat dari pencarian en. google :


Baca surah al-baqarah ayat ke-60,

letakkan tangan pada payudara, usap dan doa dalam hati semoga Allah murajkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya sehingga unurnya 2 tahun.



Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,
 maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu

 terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara

 mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman):

 “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan 

bencana kerosakan di muka bumi”.


- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari
. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir
 tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Kredit : http://hidayahsukaiman.blogspot.com
 



Ini pula celoteh diambil dari facebook Sifu terhebat Lyna Noh, apa komenya mengenai ilmu penyusuan susu ibu.

Betul ke penyusuan susu ibu itu senang? Kalau susah, kenapa tak cuba belajar untuk 'menyenangkannya?' Terasa sedih & 'kurang buat kerja' bila dapat mesej sebegini dari ibu baru:

"Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Susu saya tak sikit sangat & terpaksa top-up dgn susu formula. Saya nak ambil set penyusuan Shaklee ni supaya susu saya jadi banyak"

(1) Pengetahuan tentang --> kolostrum -> transitional milk -> mature milk ; tidak meluas. masih ramai yang ingat lahir2 baby je terus susu memancut macam air pancut Geneva


(2) Pengetahuan tentang saiz perut bayi baru lahir yang sebesar biji guli sahaja

(3) Pengetahuan tentang penyusuan susu ibu secara amnya

Yang popular ialah - PENGAMBILAN MILK BOOSTER UTK BANYAKKAN SUSU.

Kenapakah benda tu yg jadi sangat famous? Ramai yang nak beli set macam2 tanpa pengetahuan asas tentang penyusuan susu ibu. Sedangkan penyusuan susu ibu dah sangat popular skg ni, ramai IBCLC, LC, MBFPC dan sebagainya. Sayangnya masih ramai yg mungkin belum 'nampak' benda2 ni.

Sama2 kita berusaha memartabatkan penyusuan susu ibu.
 

Sekian, tamat celotehnya.

Marilah kita sama-sama meletakkan keazaman & usaha tangga kejayaan dalam misi penyusuan susu ibu ni. Peringatan untuk diri Hanie sendiri. Tuntut la ilmu hingga ke negeri China, tapi sekarang dah senang nak ke negeri China, jadi tuntut la ilmu selagi ajal belum tiba.. hehehehe..  wasalam

Hanie 
019-6609951
fb : rujukvitaminku
email : emy_2912@yahoo.com.my