Sunday, April 21, 2013

BERAS PERANG KAWAL KOLESTROL

Sunday, April 21, 2013,2:37 PM |


Sesiapa yang sedang berdiet, jom baca info yang kite dapat ni.
 
Kajian dijalankan oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang disiar dalam jurnal Nutrisi Klinikal America mendedahkan, wanita wanita yang mengambil beras perang secara puratanya memiliki tubuh yang lebih langsing berbanding mereka yang mengamalkan diet beras putih.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakkan pengguna kerana dikatakankurang enak atau baunya kurang segar, namun tiada siapa dapat menafikanmanfaat dan kebaikannya.

Selain baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah, beras yang kurang kanji ini juga sesuai dimakan pesakit darah tinggi dan kencing manis.

Ini kerana satu cawan beras perang memberi 88% magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormone seks.


 Individu normal kebiasaannya memerlukan 25 hingga 38 gram serat dalam makanan harian. Oleh kerana beras perang memiliki selaput perang pada permukaan berasnya maka ia mempunyai serat yang lebih daripada beras biasa.

1 cawan beras

Beras perang = 3.5 gram serat
Beras biasa = kurang 1 gram serat

Beras perang mengandungi vitamin B1,B2, B6, zat besi dan fosfat. Juga mineral yang berfungsi sebagai bahan antipengaratan dalam tubuh.

Beza beras perang dan beras putih.

Beras perang dan beras putih berasal dari beras yang sama. Bezanya di peringkat penuaian. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau pemutihan seperti beras putih.

Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang sekaligus menghasilkan beras berkilat.Bagaimanapun ia menyebabkan zat makanan yang terkandung di dalamnya turut hilang.

Selepas dimasak berang perang seolah-olah seperti tiada rasa berbeza dengan beras putih yang sedikit manis dan berlemak. Namun jika anda sudah biasa menikmati beras perang seberanya lebih lembut dan sedap apabila dimakan panas. Berasnya juga lembut dan senang dimasakn berbanding beras putih.

Kelebihan beras perang
 
1.      Mengandungi mineral mangan sebagai bahan antipengaratan dalam tubuh manusia.
2.      Mengekalkan berat badan ideal.
3.      Mengandungi selenium dan serat sebagai antikanser.
4.      Menurunkan paras kolestrol dalam badan.
5.      Baik untuk wanita menopaus bagi menjaga jantung dan darah tinggi.
6.      Mengurangi penyakit kencing manis jenis kedua.
7.      Mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi dan fosfat.
8.      Kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Kredit : HM Isnin 1 April 2013