Sunday, March 10, 2013

Baby SHAKLEE

Sunday, March 10, 2013,4:49 AM |
Sedikit TERPESONG ye, biasanya perkongsian pasal vitamin SHAKLEE je, kali ni perkongsian mengenai OWNER blog ni pulak, ok la tu kan..
 
Kenapa tajuknya Baby SHAKLEE ye...
Hehehe.. Teng Teng Teng.. 


Ada berita baik yang nak kite kongsikan, sangat exclusive untuk pembaca blog kite ni sebab kite belum bagitau orang lain pun lagi. Semalam pagi kite pergi cek kt klinik dan scan perut ada nampak kantung kecik dalam perutku, doktor sah kan kite mengandung dah 7 minggu, alhamdulillah gembira sungguh bila tengok kat screen tu. Kite dah buat pregnant test tapi macam tak komfiden je line merah tu macam kabur-kabur je. Tu yang buat cek doktor mengesahkannya. 

Apapun akan lahirlah Baby SHAKLEE sebab anak kedua ni kite nak gunakan sepenuhnya vitamin shaklee, tak nak ambik ubat yang klinik bagi tu.

Dalam shaklee, ada asid folic yang cukup iaitu dalam B complex & Vitalea. Jadi tak payah risau lagi. Kalu HB rendah pun boleh ambik Vitalea 2 biji. 

Alhamdulillah, anak ke dua ni takda moning sickness yang teruk macam anak sulung dulu. Cuma semalam kite kene cirit birit, mak ai lembik badan dibuatnya, tu petanda sila kurangkan pedas dalam makanan ye, baby kite tak nak terima makanan yang pedas. huhuhu dasyat, awal-awal dah bagi amaran keras.

Akhir kata, jangan lupa doakan la kite & baby ni sentiasa sihat ye. Mungkin lepas ni perkongsian kite dalam blog ni menjurus kearah macam ibu hamil & ibu berpantang, tak pe ye kengkawan.. hehehehe.. teruja la katakan. 


Untuk makluman, 2 gambar dalam artikel ini adalah gambar anak sulung kite yang bernama Muhammad Haq Uqasha bin Mohd Fairuz. Gambar atas adalah gambar hari pertama dia dilahirkan, tengok, dah pandai bukak mata besar, gambar yang bawah gambar dia berumur sepuluh hari, comel kan dia tidur, Sekarang umur dia dah setahun lima bulan.

Sebarang pertanyaan mengenai vitamin SHAKLEE atau mahukan sebarang cadangan, boleh hubungi hanie 019-6609951.