Wednesday, January 16, 2013

Tonsil atau sakit tekak bahaya kah kepada kanak-kanak

Wednesday, January 16, 2013,4:29 PM |
Hari ini kite berjoging dari blog ke blog untuk mendapatkan info tentang Tonsil.
Tajuk 'Tonsil atau sakit tekak bahaya kah kepada kanak-kanak'... ni kite pilih harini kenapa yer?

sebab anak kecik comel kite semasa dia berusia 1 tahun 2 bulan, dia kene deman, antibiotik pun sudah abis makan tapi demam tak surut-surut.  Lepas tu kene tahan wad 2 hari, masa hari last di hospital doc bagitau, mama nanti belikan baby ni askrim yer pastu kalau demam dah surut petang dah boleh balik. Mama ni pun pelik la kenapa la kene makan askrim sebab Tonsil kat tekak anak kite dah bengkak tahap macam hendak bersatu antara satu sama lain.. bengkak betul tu, tu doktor kata la. Jadi lepas makan askrim pepagi buta tengah hari demam surut then petang dah boleh kuar...

Tin tin tin..hanie cukup-cukup la bercerita tu, kang sampai malam pun tak abis.

Okeh berbalik dengan Tonsil...

Meh baca..

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz Tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil.
Hal yang demikian menerangkan mengapa Tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.
 

Kredit : Utusan



Pic kredit to en.google. Seram la tengok gambar dari en.google ni, nasib ada yang comel sikit ni, sedap mata memandang.
Tanda-tanda kanak-kanak mendapat radang Tonsil adalah
1. Demam
2. Sukar untuk menelan
3. Bunyi suara serak/ganjil
4. Nafas berbau
5. Bengkak pada kelenja tekak
6. Tidur berdengkur/berbunyi
7. Kelenja tekak akan nampak merah dan terdapat putih-putih di atasnya.

Bahaya ke tak Tonsil ni.

Macam mana nak tahu jika anak kite terkena jangkitan virus atau bakteria?

--> Jika jangkitan virus,
Anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang.

--> Jika jangkitan bakteria pula,
Anak akan kelihatan lemah dan tidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Jadi si comel kite tu kena jangkitan virus, sebab dia memang cergas, cuma demam kejap tinggi kejap rendah tapi malam selalu suhunya tinggi dan dah 4 hari dah telan antibiotik masih tinggi juga demamnya sebab tu kene tahan wad 2 hari.

Tapi jika jangkitan bakteria lagi berbahaya 

--> sebab jangkitan virus adalah dari salur pernafasan (upper respiratory tract infection) 

--> Makakala bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit.
Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.


Untuk sistem pertahanan badan, ada beberapa produk shaklee yang boleh membantu tapi macam biasa umur baby setahun ke bawah memang kite tak boleh bagi. Umur 1 hingga 3 tahun ada alternatif iaitu mealshake (multivitamin dalam bentuk serbuk perisa vanilla). Untuk 3 tahun ke atas boleh bagi chew vit c shaklee bagi mengukukan sistem imun dan boleh bagi suku daripada sachet nutriferon untuk imun booster. 

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

Sekian saja ....wasalam
Klik sini untuk order online --> Set Tonsil

http://rujukvitaminku.blogspot.com/2014/07/tutorial-cara-order-vitamin-shaklee.html