Wednesday, October 17, 2012

Tips untuk elak muka berjerawat

Wednesday, October 17, 2012,4:28 PM |
waa, nak bagi tips pula.. bukan tips yang dasyat-dasyat pun tapi apa yang kite amalkan dan alhamdulillah muka tidak ada jerawat kecuali apabila ade perubahan hormon (lepas bendera merah kuar ada la sebutir dua yang singgah ). 

Okeh, jom baca.

1. Cuci muka apabila bangun tidur dan sebelum tido.
2. Minum air yang secukupnya iaitu 8 gelas bersamaan 2liter sehari . (tapi kite minum 3 liter    
    sebab ambil supplement)
3. Jaga pemakanan seharian ( Jangan la tiap-tiap hari makan masak lemak)
4. Memakai pakaian yang meresap peluh dan pakaian yang agak longgar. (kulit perlu 
    oksigen juga)
5. Jangan terdedah terlalu lama dengan pancaran matahari (Kalau kene baris tu kena pakai 
    sunblock)
6. Memakai cream muka yang sesuai sebab habuk, debu dan persekitaran yang tidak bersih 
    punca muka kite cepat berminyak dan kotor 
7. Tidak ramai yang menitik beratkan zat yang diperlukan kulit. Sebab itu secara tidak 
    langsung kulit menjadi tidak kuat menghalang jangkitan kuman. 
8. Yang paling penting jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit 
    dan menjadikan kulit berlubang.


haa.. sesiapa yang tangan gatal nak picit jerawat ingat-ingat la yer. 

Zat macam mana yang diperlukan untuk kulit kite yer.. secara ringkasnya la.

Vitamin C - untuk merangsang pembentukan kolagen dan menyekat pembentukan pigmen (penyebab utama kejadian jeragat)
 Oren, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato.

Vitamin E - Antioksidan yang kuat untuk memerangi radikal bebas.
minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. 

Multivitamin dan mineral - Sebagai pelengkap nutrisi 
Dengan memakan berbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Vitamin B5 - dikenali sebagai "vitamin anti-stress" . Anda tahu stress menyebabkan jerawat. 
Daging lembu, ragi yang ditapai, telor, sayuran segar, buah pinggang, hati, kulat, kacang, royal jelly, ikan air masin, dan gandum.

haaa.. sebenarnya banyak lagi tapi itulah diantaranya. Dalam kehidupan seharian kite ni sempat ke kite nak makan makanan seimbang ni. kalau sempat bagus la tapi cukup ke zat dalam makanan kite tu.

Contoh kite nak dapat khasiat vitamin c dari buah oren. Tapi tahukah anda buah oren akan menghasilkan vitamin C lengkap (sekitar 45-60mg)  dalam masa 10 hari selepas buah itu masak ranum. Kalau lambat petik khasiatnya akan berkurangan dari masa ke semasa. kalau tidak cukup masak kandungan vitamin C pula sedikit.

Jangan risau, masih ada jalan penyelesaian nya.. teng teng teng...



boleh ditambah dengan yang ini juga


inilah adalah rangkaian vitamin yang anda perlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan juga untuk kesuburan badan. Boleh pilih ikut kesesuaian dan masalah yang anda hadapi. Jika pening nak pilih yang mana satu, apa lagi email/msj kite la.. hanie 013-3929451@ emy_2912@yahoo.com.my. 

TESTIMONI KLIK SINI

KLIK SINI JUGA