Wednesday, July 4, 2012

Vitamin C

Wednesday, July 4, 2012,2:22 PM |
Salam sayang kepada semua.
 
Bln ni Julai ni adalah promosi vitamin C... Haa Kali ni nak cerita tentang Vitamin C Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C 500mg. ..salah satu vitamin wajib kite.. Jom bace..

 


Apakah Vitamin C? 

Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.  Ia juga merupakan co-factor dalam sekurang-kurangnya 8 tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.

Apakah fungsi Vitamin C?
  • Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat.
  • Pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting.
  • Untuk metabolisma asid folik, tairosin, dan phenylalanine.
  • Boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
  • Mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
  • Mengurangkan "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan "high-density lipoproteins" (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
  • Agen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Apakah Akibat Kekurangan Vitamin C?
  • Lemah badan
  • Sakit-sakit dan sengal badan
  • Bengkak gusi
  • Hidung berdarah
  • Scurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
  • Anemia
  • Gigi rapuh - kekurangan vitamin c menyebabkan kalsium sukar diserap oleh tubuh jadi walau pun minum susu banyak, tapi vitamin c tak cukup pun gigi jadi rapuh
  • Sendi sakit dan bengkak - extra dos vitamin c melegakan bagi orang yang berpenyakit Arthritis
  • hidung berdarah
  • Senang dijangkiti penyakit
  • Luka lambat sembuh
  • Rambut kering dan bercabang
  • Gingivitis (gusi bengkak)
  • Kulit kasar, kering dan bersisik
  • Sembelit
  • Selalu bersin/resdung

Siapakah yang perlukan Vitamin C?
  • Perokok (kerana Vitamin C dapat membersihkan darah dari logam berat dan mengelakkan buah pinggang rosak).
  • Penghidap Darah Tinggi (kerana Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat).
  • Orang yang stress kerana ia boleh memusnahkan Vitamin C dalam badan.
  • Orang yang mengalami gusi/hidung berdarah.
  • Orang yang tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Selsema kerana Vitamin C meningkatkan antibodi badan.

Sumber-sumber Vitamin C
  • Buah-buahan (buah beri, buah-buahan sitrus, avocado, black currants, anggur, lemon, mempelam, oren, betik, nenas, strawberri)
  • Sayur-sayuran (sayuran hijau, asparagus, sawi hijau, kacang peas hijau, bayam, kobis bunga, kubis,bawang, tomato dan selada air)
  • Sumber haiwan (hati anak lembu, hati lembu, tiram, telur ikan kod, hati ayam dll)
 
Kenapa vitamin C shaklee pilihan kite...haaa why ar????

Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem pelepasan berkekalan. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
  • Mengandungi bioflavonoid yang menjadikan tubuh kite mudah menyerap Vitamin C.
  • Selamat dan halal
  • Tiada Silika Gel 

Info :

Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu, terutamanya ketika memasak makanan. Tumpuan Vitamin C dalam pelbagai bahan makanan beransur berkurangan seimbang dengan suhu tempat simpanannya, jadi pemasakan boleh mengurangkan kira-kira 60% kandungan Vitamin C dalam sayur-sayuran kerana pemusnahan enzim mendadak yang lebih menjadi sekitar takat didih.  Makin lama memasak, makin banyak juga vitamin yang hilang, begitu juga dengan bekas makanan buatan tembaga yang memangkin. Satu lagi punca kehilangan vitamin C dalam makanan adalah larut lesap, iaitu vitamin yang larut air melarut dalam air masakan, kemudian dibuang tanpa gunanya. Bagaimanapun, vitamin C tidak melarut lesap dalam semua sayuran pada kadar yang sama; kajian menunjukkan bahawa brokoli  kelihatan lebih mampu mengekalkan lebih banyak vitamin C berbanding jenis sayur yang lain.  Kajian juga menunjukkan bahawa buah-buahan yang yang baru dipetik tidak kehilangan nutrien penting apabila disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari. - wikipedia


NUR HANIE ILHAMIE - 013-3929451