Monday, April 23, 2012

Tips Kenali Vitamin E Yang Selamat

Monday, April 23, 2012,1:37 PM |


Tahukah anda terdapat 8 jenis vitamin E, dan hanya satu jenisalpha-tocopherol yang aktif dan mampu memenuhi keperluan manusia? Vitamn E jenis alpha-tocopherol adalah anti oksidan yang paling bagus.


Kekurangan vamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilaan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.


Proses 'pernafasan' sel menghasilkan atom2 oksigen tak stabil dipanggil radikal bebas, tapi mekanisma dalam tubuh kita dapat menanganinya. Cuma bila banyak radikal bebas disebabkan faktor luar seperti pencemaran, penggunaan bahan kimia dan lain2. mekanisma antioksidan dalam tubuh kita dah tak mampu nak atasi semuanya.


Oleh itu tubuh kita perlukan antioksidan, seperti vitamin E dan vitamin C.


Selain dari bertindak memberikan ion negatif kepada atom oksigen yang tak stabil tadi, vitamin E juga memainkan peranan dalam:
  • Fungsi imun tubuh
  • Proses pembentukan gen
  • Metabolisma
  • Membantu menjaga permukaan dalam salut darah agar sentiasa licin - mengelakkan pembentukan plak kolesterol
  • Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik
Antara sumber vitamin E yang baik:
  • Avokado
  • Biji bunga matahari
  • Kacang soya
  • Minyak dan buah zaitun
  • badam
  • labu
Tips memilih suplement vitamin E:
  •  Pastikan ia vitamin E semulajadi, pastikan tiada hurul l- atau dl- pada labelnya, Misalnya, d-alpha tocopherol adalah vitamin E semulajadi manakala dl-alpha tocopherol adalah vitamin E sintetik.
  • Kajian terbaru menunjukkan tubuh kita memerlukan400IU vitamin E sehari.
  • Pilihlah yang mengandungi Selenium.
 Bukan itu saja, banyak sebenarnya kelebihan vitamin E ni. Kalau nak tahu ia juga dikenali sebagai vitamin CINTA.


kredit


Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi kite segera!
013-3929451
emy_2912@yahoo.com.my
like facebook page rujukvitaminku