Monday, April 23, 2012

Tanda-tanda tubuh kekurangan vitamin

Monday, April 23, 2012,1:25 PM |



source: Mingguan Wanita | Mac 2010

KUKU MUDAH PATAH
Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi,
zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil
lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang
dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia
disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan
keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda
terkena penyakit tiroid

MATA TERASA KERING
Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini
disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi
 mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan
 asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang
 berwarna hijau, kuning atau oren.

PECAH-PECAH DI BAHAGIAN HUJUNG MULUT
Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan
pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda
mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.

BIBIR PECAH-PECAH
Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh
 mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana
 kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging
dan produk susu.

KULIT MEMERAH & BERMINYAK
Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh
kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba
ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.

JERAWAT
Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan
oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka,
tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex,
vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih
 banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

RAMBUT NIPIS
Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis.
Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.
KELEMUMUR
Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat
pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu,
kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh
menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak
buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.

MATA MERAH
Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu
atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah
juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2.
Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran
 berwarna oren dan hijau.

LUKA LAMBAT SEMBUH
Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan
pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.
Sekiranya kawan-kawan ingin mengalami simptom-simptom di atas
 dan merasakan tidak mampu mengadakan kesemua nutrien yang
 diperlukan dalam diet harian kawan-kawan, boleh hubungi saya
 untuk mendapatkan panduan suplemen yang bersesuai.